15 tahun tarif air kekal bawah BN, Guan Eng naik tiga kali

Kerajaan Pulau Pinang diharap tidak menggunakan jumlah penggunaan air yang tinggi oleh 25 peratus pengguna air di negeri itu sebagai alasan untuk terus menaikkan surcaj pemuliharaan air di Pulau Pinang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Datuk Muhammad Farid Saad berkata kerajaan pimpinan DAP itu memperkenalkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bermula November 2010 dengan kadar 24 sen setiap 1,000 liter melebihi penggunaan 35,000 liter sebulan dan kadar itu dinaikkan kepada 48 sen dan terkini akan dinaikkan kepada 100 sen.

Beliau berkata walaupun Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah beberapa kali berjanji untuk tidak menaikkan tarif air, tetapi beliau tetap menaikkan tarif air domestik sebanyak 16.7 peratus mulai 1 April 2015.

“Kerajaan Pulau Pinang telah memungkiri janji mereka kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi alasan kenaikan SPA itu adalah bagi mendidik rakyat agar menjimatkan penggunaan air tetapi mereka sendiri mengakui langkah mengenakan surcaj itu masih gagal mengurangkan kadar penggunaan air harian per kapita bagi seluruh negeri.

Muhammad Farid bertanya, “apakah kadar surcaj akan terus dinaikkan jika ia masih gagal mengurangkan penggunaan air negeri dan apakah tarif air akan dinaikkan jika peningkatan kadar surcaj kali ini juga gagal...”

Beliau berkata tarif air di Pulau Pinang yang dikatakan terendah dalam negara bukan dicapai selepas 2008 atau selepas DAP menjadi kerajaan di negeri ini, sebaliknya ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional lagi.

“Selama 15 tahun (1993-2008) di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, tarif air tidak pernah dinaikkan sekali pun, tiada surcaj dikenakan dan PBAPP masih mampu menjana keuntungan saban tahun.

“Ini juga satu kejayaan dalam mengurus tadbir sebuah syarikat bekalan air bersih,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana