WAKIL DAP DIBURUKNYA PERANGAI DAP NI!!!!! ANGGAP ‘PAK PANDIR’ KERANA TUDUH ISTERI PERDANA MENTERI TIDAK LAYAK TERAJUI PERMATA

Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menyarankan ahli politik DAP yang malas membuat penyelidikan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung apa jua isu, menyertai Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) PERMATA untuk mendapatkan pendidikan tambahan.
Saranan tersebut disuarakan bagi menjawab kritikan ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang mendakwa isteri Perdana Menteri tidak layak diangkat sebagai Penaung Program Permata Negara (PERMATA).
Rizal menyifatkan kenyataan Yeo itu sebagai bercakap tanpa menggunakan akal kerana tidak mengkaji terlebih dahulu latar belakang pendidikan Rosmah yang melayakkannya menerajui PERMATA.
“Kenyataan yang dikeluarkan wakil rakyat DAP yang menganggap Datin Seri Rosmah tiada kelayakan menerajui PERMATA sebagai bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa guna akal.
“Untuk pengetahuan YB (Yang Berhormat) yang boleh dianggap malas untuk membuat ‘research’ sebelum bercakap, Datin Seri Rosmah adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan Antropologi dan juga pemegang Sarjana Bidang Sosiologi.
“Pastinya kepakaran beliau dalam bidang sosiologi itu sudah menggambarkan kemampuan Datin Seri Rosmah untuk membawa PERMATA ke arah kecemerlangan,” kata Rizal.
Sehubungan itu, Rizal menyarankan agar Yeo mendaftarkan diri dalam kelas PERMATA agar lebih memahami serba sedikit mengenai istilah penaung dalam sesebuah organisasi.
“Wakil rakyat itu mesti kena lebih banyak membaca agar tidak jadi pemimpin yang cetek ilmu,” kata Rizal yang dipetik kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, beliau berkata jika ADUN DAP itu ingin membuat perbandingan berdasarkan kelayakan, Yeo wajar mempersoalkan jawatan yang disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Ini kerana kata beliau, Guan Eng bukanlah pakar dalam bidang berkenaan tetapi diangkat meneraju sebuah badan dan diberi jawatan eksekutif yang boleh membuat keputusan.
“Wahai pemimpin DAP, untuk pengetahuan am kamu, penaung dalam sesuatu organisasi tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif atau pembuat keputusan.
“PERMATA adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai peraturan dan syarat ketat untuk sebarang urusan keluar masuk peruntukan.
“Jadi kalau kamu nak tuduh Datin Seri Rosmah mempergunakan peruntukan PERMATA untuk kegunaan peribadi, kamu silap dan kesilapan itu disebabkan sifat tidak cerdik kamu,” tegasnya.
Justeru, Rizal menyifatkan Yeo sebagai pemimpin yang berfikiran kolot kerana tidak mahu melihat golongan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan awal yang terbaik.
“Kita sudah bawa YB melawat pusat Permata Negara. Kita sudah bagi penerangan panjang lebar. Tapi mungkin YB jenis susah nak faham atau saja-saja buat tak faham,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana