TUNJUK JARI KELENGKENG KEPADA BINI ORANG, PAKISTAN DIBELASAH PENDUDUK KAMPUNG

Seorang pekerja kedai runcit warga Pakistan dibelasah penduduk kampung selepas mengaju soalan berbaur lucah kepada isteri orang, yang juga eksekutif pemasaran.

Ketua Polis Kota Baru berkata suspek juga menunjukkan isyarat jari kelengkeng bagi membandingkan kemaluan suami mangsa dan suspek dalam insiden 9 pagi kelmarin, lapor Kosmo!.

“Mangsa yang ketakutan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, terus memberitahu adiknya sebelum adiknya keluar daripada kereta dan memberi amaran supaya jangan mengganggu kakaknya.

“Suspek kemudian menafikan perkara tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka. Suspek mengeluarkan kayu dan terus memukul adik mangsa,” kata ACP Baharom Abu.

Baharom berkata selepas menghantar mangsa, 32, pulang, adiknya kembali ke kedai runcit dan memberi amaran sekali lagi sebelum suspek, 41, mengeluarkan pisau untuk mencederakan lelaki itu.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut membantu adik mangsa dan telah memukul suspek hingga cedera,” katanya suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum ditahan.

Lelaki berkenaan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana