Tanpa PAS, Pakatan Harapan tewas sebelum perang

Ketiadaan PAS sebagai tunjang pemikat pengundi luar bandar serta Islam ketika bersama Pakatan Rakyat boleh meranapkan impian gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

Selain itu parti serpihan seperti PBBM dan PAN dlihat belum berupaya menggantikan tempat parti pimpinan Datuk Seri Hadi Awang yang terbukti mempunyai jentera parti yang kukuh.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr Shamsul Adabi berkata meskipun penarikan undi itu bukan secara total namun hakikatnya PH sudah hilang separuh undi sebelum pilihanraya umum bermula.

“Malah kewujudan PAN dan parti serpihan UMNO yang dinaungi Tun Mahathir Mohamad masih belum dapat dilihat momentumnya secara keseluruhan,” katanya kepada BNBBC.my portal, Sabtu.

Jelasnya lagi masalah dalaman PH akan berterusan berikutan penyertaan terbaru PBBM.

“Tentunya Bersatu serta Amanah menginginkan beberapa kerusi pilihan mereka, namun itu bukan bermakna DAP dan PKR akan memberikan kerusi tradisi mereka walaupun matlamat utama PH adalah sama.

“Di sini akan timbul bermacam-macam masalah dan pasti ada juga di antara mereka yang bakal berkecil hati  dan berkemungkinan juga ada yang keluar dari gabungan atau parti,” kata Shamsul.

Bagaimanapun Shamsul mengambarkan pimpinan PH bakal mengambil pendekatan bertahan dengan karenah parti gabungan sedia ada supaya ‘barah’ dalaman tidak merebak dengan begitu kritikal.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff (foto) juga senada dengan Shamsul iaitu undi diterima PH di luar bandar bakal merosot berikutan ketiadaan PAS.

“Parti Islam itu mempunyai jentera yang kuat di kawasan luar bandar sejak dahulu dan kekuatan mereka tidak mampu ditampung dengan jentera parti baharu iaitu PPBM, apatah lagi PAN.

“Saya berpendapat PH akan gagal, walaupun PPBM dikatakan fokus kepada kawasan luar bandar dan PAN dilihat hanya pakar memberi idea semata.

Tambah Kamarul, PAN dan parti serpihan UMNO itu hanya dilihat sebagai kuda tunggangan DAP.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment