SUDAH ADA AHLI DAP YANG ANGGAP DR M SEPERTI TUNGGUL KAYU

Heh! Kita ingatkan hanya Si Wan Azizah tu sahaja yang layak menjadi ‘Tunggul Kayu’ dalam Pakatan. Tapi rupanya, Ahli DAPigs ni pun anggap Tun Mahathir sama macam Si Wan Azizah tu juga.


Jika dibaca dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Ahli DAPigs ni seolah – olah cuba memberikan gambaran bahawa bekas Perdana Menteri itu bukan orang yang layak untuk menjadi pemimpin.


Dalam kenyataan Ahli DAPigs ni semalam, dia menggesa agar Si Ketua Penipu yang kini sedang meringkuk dalam penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya bertindak segera.


Katanya, tindakan dari Si Ketua Penipu tu perlu dilakukan bagi menentukan siapa yang bakal menjadi Ketua dikalangan puak Pakatan Haprak tu untuk menghadapi Barisan Nasional.
 
“Saya percaya Anwar akan mengambil kira semua faktor yang diperlukan untuk menang dalam pilihan raya dan mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri apabila tiba masanya nanti.
 
“Tetapi, Anwar mesti bertindak sekarang sebelum kita bazirkan masa yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi, daripada kita bercakap perkara yang tidak penting,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan di blognya hari ini.
 
Secara tidak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa Ahli DAPigs itu tidak mengiktiraf peranan dan kedudukan yang dimainkan oleh Tun Mahathir dikalangan puak Pakatan pada ketika ini.


Padahal, bagi sesetengah pihak, Mantan Perdana Menteri itulah orang yang paling layak untuk menjadi ‘Play Maker’ dalam Pakatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.


Soalnya, kenapa Si Ahli DAPigs ni tidak mahu bekas Perdana Menteri itu untuk menentukan ketua dikalangan puak Pakatan Haprak tu? Kenapa dia masih merujuk kepada seorang Peliwat?


Dan dari kenyataan yang dibuat oleh Si Ahli DAPigs itu juga menunjukkan yang dia turut tidak merasa yakin terhadap kepimpinan Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang dan Teraju Utama Pakatan.


Namun, pendirian dan kenyataan yang dibuat oleh Si Ahli DAPigs itu jelas bertentangan dengan keputusan pucuk pimpinan DAPigs yang tetap mahu Wan Azizah sebagai pengganti kepada Si Ketua Penipu tu.


Dan dari satu sudut yang lain, kenyataan dari Ahli DAPigs itu juga membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu kini masih lagi diselubungi dengan dilema bagi menentukan siapa yang paling layak dikalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri kelak!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana