SOKONG 100%!!!AKAR UMBI PAS MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR

Dewan Pemuda Pas memberi jaminan akan membawa suara akar umbi yang mendesak parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR pada muktamar tahunan di Kedah, bulan depan.
Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ketika ini desakan tersebut semakin ketara dari seluruh negara dengan keputusan masa depan kerjasama dengan PKR dijangka diputuskan pada muktamar nanti.
Dalam masa sama, beliau juga berpendapat bahawa sudah tidak ada keperluan untuk parti itu terus menjalinkan kerjasama dengan PKR yang dilihat lebih selesa mengikut kehendak DAP daripada menjaga hati Pas.
“Sebagai contoh di Pulau Pinang, saya lihat memang tidak ada keperluan bekerjasama dengan PKR. Parti itu langsung tidak menghormati kita termasuk pernah mengambil ahli Pas sebagai jentera pada pilihan raya umum lalu tanpa makluman.
“Begitu juga dalam isu fatwa di Pulau Pinang, PKR lebih selesa mendengar kata DAP daripada meletakkan kepentingan Islam. Jadi kita tidak boleh bersetuju dengan perkara ini dan oleh itu, sudah masanya Pas mengkaji semula hubungan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat di sini malam tadi.
Desakan akar umbi untuk melihat Pas membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR semakin memuncak apabila mesyuarat tersebut malam tadi sebulat suara meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan tersebut.
Malah mereka turut mendesak Pas mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR pada pilihan raya umum lalu selain mahu Pas segera berhenti daripada memberi bantuan kepada sekutunya itu.
Rata-rata ahli khususnya tidak mahu lagi melihat Pas terus diperkudakan oleh PKR sedangkan parti itu dalam masa sama langsung tidak menghormati Pas apabila masih menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PAN.
Ketika membentangkan usul tersebut, perwakilan Cabang Empat Kedai, Ahmad Fadli Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan PKR yang mengaku mempunyai hubungan dengan Pas tetapi dalam masa sama masih mengekalkan kerjasama dengan musuh parti itu iaitu DAP dan PAN.
Menurutnya, PKR juga menunjukkan sifat biadab apabila menerima keahlian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Dengan itu, saya mengusulkan kepada Dewan Pemuda Pas negeri untuk dipanjangkan kepada Dewan Pemuda Pas dan kepemimpinan tertinggi Pas supaya memutuskan segera hubungan dengan PKR secara menyeluruh termasuk tidak lagi membantu mereka pada pilihan raya,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana