Semua rundingan PAS dan PPBM terbatal...

Rundingan parti Tun Mahathir Mohamad dengan PAS mengenai kerjasama politik dan pilihanraya terbatal selepas PPBM sah menjadi komponen baru Pakatan Harapan, gabungan politik tanpa PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, segala rundingan dan perbincangan yang diadakan sebelum ini juga dianggap terbatal.
Pada masa sama, PAS tidak akan mengadakan sebarang perbincangan atau kerjasama selepas ini kerana ia menjadi dasar parti yang tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
"Jika sebelum ini kita mengadakan beberapa kali perbincangan dengan PPBM kerana parti itu belum menyertai pakatan pembangkang. Sekarang, sudah rasmi PPBM bersama DAP dan Parti Amanah Negara.
"Justeru, PAS menganggap pintu rundingan dengan parti berkenaan secara automatiknya tertutup dan tidak mungkin akan ada sebarang kerjasama selepas ini," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Selasa.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Timbalan Presiden PPB< Datuk Seri Mukhriz Mahathir mewakili parti masing-masing mengadakan rundingan awal.
PAS meletakkan syarat tidak ada kerjasama politik dengan parti yang bersama DAP dalam pakatan pembangkang.
PPBM kini ahli terbaharu dalam pakatan pembangkang, selepas gabungan itu secara rasmi menerima kemasukan parti itu Isnin semalam.
Keputusan itu dicapai oleh majlis gabungan presiden, yang sebulat suara menerima permohonan PPBM untuk menjadi ahli pakatan.
Sementara itu, Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad berkata PPBM enggan melayan ugutan PAS yang mahu memutuskan hubungan ekoran penyertaan mereka ke dalam Pakatan Harapan (PH).

PAS tiada hak untuk membuat ugutan sedemikian.

"PAS tidak ada hak untuk meletakkan sebarang syarat (kepada ahli dalam Pakatan Harapan).

"Gabungan kami sudah dibentuk. Sesiapa yang nak masuk boleh, tak ada syarat," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana