Semak, selidik tuduhan elak tertipu ingat kepentingan wala’

Rakyat perlu semak dan selidik setiap tuduhan dalam kempen pembangkang bagi mengelak kepentingan mereka dan negara tergadai pada masa akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu berbuat demikian supaya tidak tertipu dengan kempen politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.

Najib juga mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO supaya menerapkan konsep tabayyun atau menyelidik kesahihan maklumat bagi mengikis sebarang fitnah yang boleh mendatangkan mudarat kepada parti serta negara.

Presiden UMNO itu juga mengingatkan rakyat bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, mereka perlu memikirkan apakah yang akan berlaku kepada mereka dan negara jika silap membuat keputusan pada pilihan raya akan datang.

“Dalam agama Islam juga kita diingatkan supaya selidik berita terutama yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka kepada orang lain.

“Kita boleh lihat banyak contoh berita tidak benar yang dibuat pembangkang pada pilihan raya yang lalu seperti isu kilang Lynas di Kuantan dan pengundi hantu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pekan itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO dan Sayap Cawangan UMNO Bahagian itu hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Abu Bakar Harun, Ketua Pemuda, Datuk Shahruddin Ahmad dan Ketua Puteri, Malia Irdawatie Khairuddin.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan tentang kepentingan wala’ atau kesetiaan kepada pemimpin apabila menjadi ahli kepada sesebuah pergerakan atau parti politik.

“Saya ingatkan ahli dan diri sendiri supaya kembali kepada prinsip yang berpaksikan kepada agama iaitu konsep wala’ dan kesetiaan adalah satu perkara yang besar pengertiannya kepada kita semua.
“Kita juga perlu faham bahawa UMNO berada dalam persekitaran politik dinamik. Persekitaran berubah dan sentiasa terdedah kepada perubahan yang mana orang mungkin buat keputusan berdasarkan maklumat salah serta tidak tepat dan kesannya cukup besar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana