RUMAH URUT DI SELANGOR : DUA STAF MPSJ DITUDUH TERIMA RASUAH HAMPIR RM10K

Dua bekas pembantu penguat kuasa serta penolong pegawai seni bina, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM8,300.
Tertuduh, Shah Fitri Abd Salim, 30, dan Muah Pudali Shukor, 37, dituduh menerima suapan wang tunai RM800 daripada seseorang bernama Chris untuk mereka tidak mengambil tindakan terhadap Pusat Urut Shui Xian Beauty and Spa.
Ia berikutan pusat urut itu beroperasi tanpa lesen Pusat Kecantikan atau Perniagaan Kesihatan di bawah undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 7.15 malam 30 Julai 2015 di hadapan Restoran Al Mehraj di Bandar Puteri Puchong.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009,
Shah Fitri turut mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan lain iaitu bersetuju terima wang tunai RM3,000 daripada individu bernama Chris antara 25 Mei hingga 16 Oktober dua tahun lalu di tempat sama dan stesen Petron di Bandar Puchong Jaya, untuknya tidak mengambil tindakan terhadap pusat urut yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Hazirah Azeman memberitahu mahkamah pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Nor Azri Mohd Arif yang mewakili Shah Fitri berkata, penjamin anak guamnya iaitu kakak tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan RM10,000 saja.
Katanya, tertuduh juga sentiasa memberikan kerjasama kepada SPRM setiap kali dipanggil untuk siasatan serta ketika dimaklumkan akan dituduh hari ini.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan jaminan RM15,000 kepada Shah Fitri bagi keempat-empat tuduhan manakala Muah Pudali yang tidak diwakili peguam ditawarkan jaminan RM8,000. Beliau menetapkan 24 April ini sebutan semula kes.
Di mahkamah sama, penolong pegawai seni bina, Mohd Suffian Mahamad Idris, 37, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerima suapan wang tunai RM4,500 daripada Yau Wai Yuen sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Ia berikutan individu berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dengan membuat dinding sekatan dalaman dalam premis.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.45 petang, 20 Jun 2016 di Bilik Mesyuarat Syarikat AHF Industries Sdn Bhd di Taman Subang Permai, Subang Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana