Rumah Selangorku... konon untuk rakyat tapi letak syarat macam pemaju....Undilah Lagi PH

Azmin oh Azmin... tak habis-habis dengan birokrasi, make up lebih tapi penyampaian hancur.
Tindakan Kerajaan PKR Selangor mengenakan syarat pemohon Rumah Selangorku mesti bebas Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) disifatkan aneh kerana dilihat mengambil alih tugas perbankan, sedangkan apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah mempermudahkan kelulusan.
Tambah membingungkan, peraturan yang dilihat menyusahkan pemohon tersebut ha­nya dikuatkuasakan dibawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sahaja kerana 13 negeri lain di seluruh negara tiada syarat seumpama itu dilaksanakan bagi projek perumahan untuk rakyat.
Pengerusi Kelab Harmoni Selangor (KHS), Dr. V. Sunder berkata, jika syarat-syarat aneh terus dikekalkan, peluang untuk rakyat memiliki kediaman sendiri menerusi Rumah Selangorku tidak ubah seperti hanya bermimpi di siang hari kerana dari awal lagi Kerajaan PKR Selangor sudah mengetatkan peraturan.
Dakwanya, syarat itu dilihat menjadi punca utama mengapa ribuan pemohon Rumah Selangorku ditolak begitu sahaja tanpa diberi penjelasan lanjut mengapa permohonan mereka ditolak.
“Kita mahu bertanya mengapa perlu ada syarat rekod CCRIS pemohon disertakan dalam permohonan Rumah Selangorku? Sedangkan 13 negeri lain tiada syarat yang menyusahkan rakyat seperti itu disertakan,” katanya dalam sidang akhbar Rabu.
Mengulas lanjut, Sunder berkata, selain syarat CCRIS, Kerajaan PKR Selangor juga meletakkan peraturan pelik iaitu pembeli seawal usia 18 tahun sudah dibenarkan membeli rumah bernilai RM42,000 dan RM250,000 di bawah program itu, tetapi pada masa sama mensyaratkan pendapatan RM3,000.
Katanya, semua syarat berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat Selangor dan kerajaan negeri digesa segera mengubahnya jika ikhlas mahu membantu warga Selangor memiliki kediaman di bawah program tersebut.
“Adakah kita biasa mendengar remaja berusia 18 tahun sudah memiliki penyata pendapatan melebihi RM3,000 di negara ini? Jika perkara itu agak mustahil berlaku, jadi mengapa semua syarat pelik ini diwujudkan,” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana