RTM tidak akan siar secara langsung debat Tun M-Nazri

RTM tidak menyiarkan secara langsung perdebatan diantara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perbahasan yang bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Perak cuma merupakan perdebatan dua individu dan bukannya atas kapasiti tertentu.
 
“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut kerana pada pendapat kita apa yang berlaku ialah dimana Tun Dr. Mahathir yang mencabar Datuk Seri Nazri untuk berbahas di kawasan beliau sendiri dan beliau (Nazri)  telah menyahut cabaran tersebut.
 
“Pada saya itu satu perbahasan antara dua individu dan bukan satu perbahasan yang dicetuskan oleh pihak RTM.
 
“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan itu secara langsung,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Tot pemimpin berinformatif ke arah PRU 14 di Hotel Grand Pacific, Ahad.
 
Sabtu ,semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kebenaran perdebatan antara Tun Mahathir dan Nazri yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.
 
Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
 
Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana