PROJEK IC HANYA DI ZAMAN MAHATHIR – SINCHEW DAILY

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang asyik membantah projek Forest City di Johor Bahru kerana bimbang ia menjadi ‘Bandar China’ telah mengundang kritikan daripada Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sinchew Daily, Tay Tian Yan.
Pengarang kanan itu turut menyindir Dr. Mahathir dengan menyatakan rakyat China tidak akan diberi kerakyatan Malaysia dengan sewenang-wenangnya melainkan melalui Projek M.
Projek M merujuk kepada usaha untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah semasa era Dr. Mahathir bagi menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pada masa itu adalah pembangkang.
“Dr. Mahathir berkata bahawa projek ini (Forest City) akan membawa masuk 700,000 orang dari China untuk menjadi rakyat Malaysia, ini adalah mengarut.
“Boleh jadi kalau mahu luluskan puluhan ribu kad pengenalan, tetapi ia hanya berlaku pada era Mahathir.
“Pada 1990-an di Sabah, terdapat Projek IC atau Projek M (singkatan kepada Mahathir),” kata pengarang kanan itu.
Tian Yan berkata, Dr. Mahathir sendiri mengakui kewujudan Projek IC dalam satu konvensyen pada dua tahun lalu.
Beliau dalam rencananya menyatakan, rakaman pengakuan Dr. Mahathir itu mengenai Projek IC telah ditayangkan dalam persidangan United Pasokmomogun Kadasandusun Murut (UPKO) pada akhir tahun lalu sehingga membakar kemarahan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut.
“Ahli yang hadir memarahi Dr. Mahathir sebagai penderhaka. Ia (Projek IC) merupakan sesuatu yang menyakitkan orang Kadazan Dusun untuk selama-lamanya.
“Hanya Dr. Mahathir yang akan menggunakan taktik seperti ini. Tidak munasabah untuk Dr. Mahathir untuk menggunakan isu seumpama di Johor,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Dr. Mahathir juga didakwa mahu memperalatkan Forest City dan rakyat China untuk ‘menggoreng’ isu kaum dan membangkitkan emosi Melayu, tujuannya ialah merampas tapak politik di Johor.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment