PPBM tak boleh layan syarat PAS, kata Mahathir...Orang Tua Ini Tak Sedar Diri

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) enggan melayan ugutan PAS yang mahu memutuskan hubungan ekoran penyertaan mereka ke dalam Pakatan Harapan (PH). 
 
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PAS tiada hak untuk membuat ugutan sedemikian.
 
"PAS tak ada hak meletakkan syarat untuk gabungan kami.
 
"Gabungan kami sudah dibentuk. Sesiapa yang nak masuk boleh, tak ada syarat," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
 
Beberapa pemimpin tertinggi PAS berkata hubungan antara parti itu dengan PPBM sah terputus  selepas parti berkenaan secara rasmi menyertai pakatan pembangkang.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini berkata, segala rundingan dan perbincangan yang diadakan sebelum ini juga dianggap terbatal.
 
Begitu juga Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengesahkan tiada lagi hubungan dengan PPBM, selepas parti itu menjadi ahli terbaru PH.
 
PH semalam sebulat suara menerima permohonan PPBM menyertai gabungan itu. 
 
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PH juga bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya menuju PRU14 untuk disesuaikan dengan penyertaan PPBM ke dalam gabungan itu itu.
 
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang sebelum ini pernah mencadangkan nama gabungan itu ditukar, bagaimanapun menganggap ia bukan lagi perkara penting. 
 
"Kami akan bertanding (pada PRU14) sebagai PH, sebagai sebuah gabungan. Kami boleh ada satu logo atau nama baru, tetapi itu terpulang.
 
"Ini kerana kami akan meletakkan calon bagi pihak gabungan itu, bukannya parti individu. Sama seperti Barisan Nasional (BN) apabila mereka bertanding, mereka guna logo BN.
 
"Kami perlu pastikan rakyat kenal simbol itu sebagai milik gabungan pembangkang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana