PPBM PATUH KEPADA KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN DALAM RUU 355

Memetik dari sumber Portal Bernama menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum memberikan sebarang kata putus menyokong usul Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kerana dibayangi oleh keputusan pembangkang yang dikuasai oleh Pakatan Harapan secara terang-terangan menolak RUU 355. 

Hakikatnya PPBM taat setia kepada Pakatan Harapan dan tidak mampu memberikan sebarang kepada kata putus.
PPBM terikat dengan Pakatan Harapan dan tidak mampu membuat sebarang kata putus kerana disebabkan oleh perkara-perkara berkenaan:

1. Dalam Pakatan Harapan, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 28 kerusi manakala PAN dipimpin oleh Mat Sabu ada enam kerusi dan PPBM hanya ada satu kerusi iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh. Dengan hanya 1 kerusi PPBM terpaksa taat setia kepada DAP.

2. PPBM terpaksa berkerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan masing-masing mempunyai matlamat yang serupa untuk menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan sedia ada.

3. PPBM merupakan parti yang baru ditubuhkan dan mereka memerlukan sokongan daripada parti Pakatan Harapan yang sememangnya sudah kukuh dan utuh.

4. Mahathir mendakwa Pakatan Harapan ditubuhkan untuk orang Cina sedangkan PPBM majoritinya disertai oleh orang Melayu bagi membela nasib dan kebajikan orang Melayu walaupun ia membenarkan bukan Melayu menyertai sebagai ahli pakatan.

5. PPBM sedar mereka akan bertempur dengan UMNO di kawasan majoriti Melayu melebihi 85% lantas memerlukan bantuan Pakatan Harapan memandangkan PPBM tiada jentera pilihan raya kerana parti PPBM masih lagi baru.

6. Memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, PPBM memerlukan sokongan dan undi daripada Pakatan Harapan kerana untuk menang dalam pilihan raya umum dan mahu mendirikan kerajaan tidak cukup hanya undian daripada Melayu sahaja sebaliknya undian daripada kaum bukan melayu juga sangat penting.

Sehingga ke hari ini pandangan pembangkang berkaitan usul RUU 355 masih tidak sehaluan dan perbuatan pembangkang yang sentiasa pusingan U politik sudah menjadi kebiasaan. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang mempunyai pendirian yang tetap. Hakikatnya kita sebagai rakyat sukar untuk menilai pendirian pembangkang yang secara terang-terangan tidak mempunyai pendirian yang tetap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana