PM, TPM ucap takziah kepada Shafie Apdal

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pemergian ibunya, Allahyarhamah Bunga Suara Dandai, 85, pada pagi Khamis. Menerusi catatan dalam Twitter rasminya lewat malam ini, Najib berkata, "Takziah Datuk Yusof Apdal (Ahli Dewan Undangan Negeri - Lahad Datu) dan Mohd Shafie Apdal serta keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ibu tercinta. Moga roh dirahmati. Al-Fatihah'. Ahmad Zahid pula dalam catatan sama di akaun Twitter rasminya berkata, "Takziah buat keluarga Mohd Shafie Apdal atas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah. 

Semoga dicucuri rahmat Allah ke atasnya. Al-Fatihah". Bunga Suara meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Semporna, kira-kira jam 6.30 pagi, Khamis. Allahyarhamah meninggalkan lapan anak termasuk Mohd Shafie yang juga anak kelima, selain Yusof. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Semporna, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana