Pesongkan sejarah... Wan Azizah 'perah limau' ke luka PAS

Seperti 'memerah limau' ke luka PAS... Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bukan hendak meredakan kemarahan penyokong parti Islam tersebut sebaliknya mendakwa PAS kuat kerana menyokong reformasi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada  hujung 1998.
Mungkin Wan Azizah lupa fakta bahawa PAS menang kerusi Parlimen Arau pada awal tahun 1998, ketika suaminya Anwar Ibrahim masih menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN.
Hashim Jasin yang kini merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 1323 undi menewaskan calon BN ketika itu walaupun Anwar berkampung berhari-hari di Alor Setar dan berulang alik ke Arau membantu calon BN.
PAS dihujung 90-an dan awal 2000 kuat bukan kerana reformasi Anwar tetapi impak dari kebangkitan Islam seluruh dunia yang bermula awal 80-an lagi.
Anwar menungggang kebangkitan Islam ini dan asas kepimpinan PKR pada peringkat awal adalah pemimpin ABIM dan JIM di negeri-negeri.
PKR tidak mempunyai jentera terlatih dalam pilihanraya, kebanyakkan pemimpin PKR adalah ahli akademik, maka PKR bergantung sepenuhnya kepada PAS untuk maju diperingkat awal penubuhannya dan kini seperti parasit merosakkan rumah tumpangannya selepas berjaya.
Wan Azizah ketika diminta mengulas usul demi usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan PAS peringkat kawasan berkata pemimpin akar umbi parti itu harus kembali melihat sejarah 1990-an.
Menurutnya PAS hanya kuat dan meraih banyak undi selepas menyokong reformasi yang dicetuskan PKR, dakwa presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sejak tahun 1999 saya melihat sikap PAS di bawah Allahyarham Fadzil Noor dan (beliau) mendapat sokongan apabila beliau menyokong reformasi dan pembangkang.

"Pada waktu itu PAS menyokong kami semua dan mendapat (keputusan) paling tinggi dalam pilihan raya dan (beliau) dapat menjadi ketua pembangkang," ujarnya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, Khamis.

Pemuda PAS Kuala Selangor Khamis tampil sebagai kawasan terbaru meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.

Sebelum itu, tiga PAS kawasan sudah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR iaitu Pemuda PAS Tumpat, PAS Permatang Pauh dan PAS Bayan Baru.

Sementara itu Wan Azizah ketika ditemui enggan mengulas 'tweet' Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyindir Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini.

"Beliau (Azmin) sudah jawab. Tak payah (saya) jawab," ujarnya ringkas.

Azmin pada beberapa hari lalu menyindir Nik Abduh sebagai 'tok lebai' yang bercita-cita tinggi mahu menawan Selangor, sedangkan beliau kalah dalam pemilihan parti di kawasannya.

Nik Abduh kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa apabila hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin (207 undi).

Azmin menyindir Nik Abduh selepas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis di laman Facebooknya bahawa persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.

Nik Abduh berkata demikian sebagai mengulas hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mensasarkan kemenangan di lima negeri termasuk Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana