Perlekeh 'tok lebai', PAS Selangor tuntut penjelasan Azmin....Inilah dikatakan Biadap geng PH Ni

PAS Selangor menuntut Datuk Seri Azmin Ali memberikan penjelasan, selepas Menteri Besar itu sekali lagi dilihat 'membelasah' kepemimpinan PAS ketika berucap dalam sebuah majlis anjuran PKR, yang videonya kini tular di media sosial.
Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, penjelasan adalah perlu bagi membolehkan PAS Selangor mengetahui maksud sebenar Azmin dalam memperlekehkan perangai 'tok lebai' susulan perang mulut dengan kepemimpinan parti itu ditujukan kepada siapa.
“Kita (PAS Selangor) tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Azmin di sebalik kenyataannya itu, jadi kita akan minta penjelasan daripada beliau. Siapa yang dia nak rujuk sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.
Sejak semalam, video ucapan Azmin yang memperlekehkan 'tok lebai' berperangai hodoh dipercayai ditujukan kepada pemimpin PAS tersebar dan kenyataan tersebut susulan kepada sindiran sinisnya kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Dalam ucapannya itu juga, Timbalan Presiden PKR tersebut mendakwa, beliau tersinggung apabila pemimpin PAS membuat kenyataan terbuka mahu merampas Selangor yang kini ditadbir PKR.
Diminta mengulas lanjut kenyataan dibuat Azmin itu, Mohd. Khairuddin berkata, Menteri Besar perlu mengelak daripada membuat kenyataan terbuka kerana dibimbangi pemahaman rakyat berbeza dengan niat sebenar yang hendak disampaikan.
Menyentuh mengenai masa depan hubungan PAS dengan PKR pula, beliau mengulangi pendirian bahawa sebarang keputusan mengenainya hanya boleh dibuat dalam muktamar parti itu yang akan berlangsung pada April ini.
Menurutnya, usul memutuskan hubungan PAS dengan PKR masih belum dimuktamadkan dan setakat ini, hanya empat Dewan Pemuda PAS kawasan meluluskan usul itu daripada 22 PAS kawasan di seluruh Selangor.
“Bagaimanapun, sebarang cadangan mengenai kedudukan hubungan PAS dan PKR di Selangor ini, eloklah dapatkan pandangan pimpinan PAS di Selangor terlebih dahulu. Kita ada data kawasan mana yang boleh masuk (menang) dan kawasan mana kita tak boleh masuk,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana