PEMBANGKANG HANYA MAHIR JANJI ‘BULAN DAN BINTANG’

BENARLAH sekeping gambar boleh menggambarkan 1,001 maksud. Beberapa keping gambar dalam ruangan ini menyaksikan nilai sebenar makna perubahan. Perumahan Awam Razak Mansion lama bertukar wajah ke 1Razak Mansion. Flat empat tingkat Kampung Kerinchi pula berubah menjadi Residensi Kerinchi.
Tidak lama lagi, rumah lama di Taman Danau Desa, Seputeh pun akan berganti rumah baharu dan selesa menerusi projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
Peningkatan taraf hidup penduduk dua projek pertama dan telah pun diduduki tidak dicapai dengan mudah. Bukan penduduk yang terkena tempias durinya, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN).
Hanya kerana projek belum siap tersergam depan mata, kerajaan terpaksa melalui liku-liku penuh onar difitnah dan ditohmah pembangkang – kononnya dituduh mahu merampas dan merobohkan rumah orang Melayu, Cina dan India.
Ini sehinggakan dilakukan demonstrasi bak lagak `orang gila’ pembangkang hanya kerana membantah usaha pembangunan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
Ya, selesai sahaja menghasut agar sertai demonstrasi bantah projek rumah mampu milik, pulanglah wakil pembangkang tadi ke banglo mereka. Malangnya, penduduk terkulat-kulat kembali ke rumah usang dan daif.
Adakah ini adil kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ingin menyertai kehidupan di bandar besar. Mengapa mahu nafikan hak mereka?
Cukup-cukuplah 34 penduduk flat empat tingkat Kampung Kerinchi menjadi mangsa hasutan sehingga akhirnya kepingin menduduk rumah baharu. Syukurlah tiada penduduk rumah awam Razak Mansion mengikut jejak mereka.
Mandat rakyat yang diberi kepada kerajaan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana partinya ‘gila kuasa’. Tetapi untuk memenuhi amanah yang diharapkan rakyat marhaen.
Apabila belum berkuasa dan ‘poket kosong’, pembangkang boleh berjanji apa sahaja. Pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai janji tidak masuk akal akan dijaja pembangkang kepada rakyat. Itu pun sudah kira bernasib baik mereka tidak menjanjikan bulan dan bintang sebagai kerongsang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana