PAS tunggu Muktamar putuskan hubungan dengan PKR

Keputusan sama ada untuk meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR akan diputuskan pada Muktamar PAS ke-63, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata menerusi muktamar berkenaan, perwakilan yang hadir akan membahaskan mengenai perkara itu jika menerima banyak usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
"Kalau muktamar putuskan kita putus hubungan tahaluf (dengan PKR) ini maka kita kena terima hakikat dan kita akan bergerak mengikut keputusan, tapi kalau muktamar putuskan untuk kekal maka kita seperti biasalah.
"Cuma (pembahagian) kerusi mungkin ada perbincangan baharu kerana perkembangan politik di seluruh negara dan kedudukan yang ada perlu dibuat perbincangan kalau tahaluf ini diteruskan, kalau tidak, kita bertanding semua kerusi yang kita bertanding kalau tahaluf putus sebab kita tak perlu berbahagi kerusi dah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 di Kompleks Kota Darul Naim yang dirasmikan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di sini, Isnin.
Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.
Bagaimanapun, Mohd Amar enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS jika muktamar memutuskan untuk menamatkan sebarang kerjasama dengan PKR.
"Bila ada keputusan maknanya kita kena bertindak ikut keputusanlah... sekarang ini masih terlalu awal untuk komen," katanya.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei di Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana