PAS Tidak Hadir Ceramah PPBM Di Terengganu

parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengadakan ceramah sulungnya di Terengganu dan yang paling ketara adalah apabila pemimpin-pemimpin PAS tidak menghadirkan diri ke ceramah tersebut.
Sebelum ini, PPBM telah memilih untuk berkongsi pentas dengan PAS apabila ia datang berceramah di negeri itu.
Pada masa itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu iaitu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Parti Amanah Negara, sebuah parti serpihan PAS dan musuh ketat parti itu telah hadir.
Dalam ucapan pembukaan dalam ceramah di Ajil, Hulu Terengganu malam tadi, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesyukurannya kerana buat pertama kalinya, berada di majlis anjuran PPBM di bumi Terengganu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin membangkitkan perkara yang sama ketika berucap di ceramah PAS sebelum ini di Terengganu, menyentuh tentang asal-usul 1MDB di negeri itu ketika ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Beliau juga bercakap panjang lebar mengenai sejarah pembabitannya dalam Umno, dengan menegaskan kononnya parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.
Katanya, semasa masih dalam kerajaan, beliau memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa yang terbaik dilakukan ialah mengaudit (1MDB) supaya rakyat boleh tahu kisah sebenar.
Pada hari berikutnya, kata beliau, Najib mengumumkan keputusan kabinet supaya Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB dan berkata rakyat boleh mengetahuinya sendiri apabila ia selesai dilakukan.
Muhyiddin juga membangkitkan tentang tindakan Jabatan Kehakiman AS untuk merampas kira-kira AS$1 bilion dalam aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB. Malangnya Muhyiddin dilihat berbohong. Aset yang disita tiada kena mengena dengan 1MDB. Malah tiada aset tunai atau kekal yang hilang.
Muhyiddin tidak berani menyentuh tentang rundingan agihan kerusi dengan PAS.
Muhyiddin awal minggu ini menjadi perhatian apabila Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwan PPBM menyokong cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Muhyiddin kemudiannya menafikannya, dengan menyatakan bahawa PPBM masih belum membuat pendirian sehingga bentuk akhir pindaan yang dicadangkan menjadi jelas.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyatakan bahawa sokongan PPBM terhadap pindaan itu adalah pra-syarat untuk berunding dengan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana