PAS SELANGOR MULA SERANG DAP MENJELANG PRU14

Demi survival politik dan mungkin kerana sudah lama bersabar melihat keceluparan DAP, PAS Selangor akhirnya dilihat secara terbuka mula menyerang DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Walaupun kedua-dua parti itu masih bergabung atas nama Kerajaan Negeri Selangor. Nampaknya PAS Selangor sudah mula ikut dasar PAS Pusat terhadap DAP.
Semalam, PAS menyerang DAP dengan mempertahankan tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak yang mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.
Dengan niat menjejaskan keharmonian agama, Chong berkata tindakan kerajaan menghantar guru mata pelajaran berkenaan akan mengganggu keharmonian antara kaum di negeri Bumi Kenyalang itu.
Guru Pendidikan Islam sudah pasti akan mengajar subjek yang ditugaskan dan tidak akan mengganggu subjek lain ataupun pelajar lain yang bukan beragama Islam.
Di Semenanjung Malaysia pun begitu dan ia tidak ada masalah. Guru-guru berkenaan dihantar ke sana untuk mengisi kekurangan guru Pendidikan Islam sahaja, bukannya menggangu agama lain.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Osman berkata kenyataan yang dibuat oleh Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak adalah biadab.
Katanya, jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus.
“Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wakil rakyat DAP itu juga berkata guru Pendidikan Islam di Semenanjung mempunyai falsafah dan pemikiran sempit.
“Amatlah tidak sesuai untuk kerajaan menghantar guru-guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.
“Janganlah mencemarkan pemikiran anak muda generasi baru Sawarak, janganlah membawa falsafah dan pemikiran yang sempit atas agama ini dari Semenajung ke Sarawak. Biarlah kita mengekalkan keharmonoian antara kaum di Sarawak,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sudah mula merencanakan strategi untuk memastikan PAS menyerang sikap kurang ajar DAP terhadap agama Islam pada masa sama memastikan PAS terus bertapak di Selangor.
Sehari sebelum itu PAS mengumumkan sudah menghentikan sebarang rundingan dengan PPBM dan kini menumpukan usaha dan kerja untuk memantapkan parti berkenaan.
PAS Selangor dilihat menerima tekanan dari DAP. Dilayan sebagai “kelas ketiga” selepas PAN dan PKR sedangkan PAS miliki kerusi yang banyak di Selangor.
Sejak kebelakangan ini, DAP banyak menempelak PAS dengan mendakwa parti Islam itu berpakat dengan UMNO dan membantu parti berkenaan untuk menang dalam PRU nanti biarpun sebenarnya PAS masih tidak sepenuhnya menerima UMNO sebagai rakan politik.
Pakatan Harapan yang baru sudah menidakkan peluang PAS bertanding di Selangor. Calon PAS tiada dalam senarai calon pakatan pembangkang itu.
Jika PAS tidak serang DAP, mereka sendiri akan pupus di Selangor. Perbalahan ini akan menjadi lebih besar menjelang PRU14 ini. Apa tidaknya, PAN sudah berkerjasama dengan DAP dan PPBM untuk ambil alih semua kerusi PAS.
Putih mata lah PAS kalau jadi begitu. Pergaduhan ini akan merebak dan terus merebak. Azmin Ali sendiri tidak akan mampu bendung perkara ini.
Hilang jentera PAS, kalahlah PKR. Kekuatan PKR sebenarnya adalah pada PAS. Di Selangor, PKR hendak berpihak kepada siapa? DAP atau PAS?
Pergaduhan peringkat akar umbi akan jadi lebih parah kerana persoalan ini. Pakatan Harapan sudah retak menanti belah di Selangor.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment