PAS KESAL SEMINAR TOK GURU ANJURAN PAN

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan penganjuran ‘Seminar Tok Guru Nik Aziz’ yang dianjurkan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 9 April ini di Kuala Lumpur.
Katanya, keluarganya menganggap seminar berkenaan merupakan satu penghinaan kepada Allahyarham bapanya yang sepanjang hidup berjuang dalam wadah PAS.
“Kami sekeluarga menganggap ia merupakan satu penghinaan kepada Tuan Guru yang hidup istiqamah bersama perjuangan PAS sepanjang hayatnya.
“Tiba-tiba parti lain, parti serpihan mempermainkan nama Tuan Guru yang kekal istiqamah sepanjang hayatnya,” katanya seperti diapor Harakahdaily.
Bercakap dalam sidang media di Pulau Melaka, Kota Bharu hari ini, Nik Abduh berkata pihak terbabit juga dikatakan akan melakukan siri jelajah bermula di Kuala Lumpur bagi menjaja nama bapanya.
Justeru beliau berkata satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pagi tadi oleh seorang lagi anak almarhum, Nik Adli.
Katanya, sekiranya permintaan untuk menghentikan seminar itu gagal dipatuhi, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak penganjur.
Sementara itu, adik kepada almarhum, Nik Din Nik Mat berkata, seminar itu seolah-olah hendak mempermainkan kredibiliti serta ketokohan pemimpin berkenaan.
“Penggunaan nama Tuan Guru hanya sebagai alasan untuk menarik sokongan kepada parti itu sedangkan arwah tetap istiqamah dalam PAS sejak sekian lama.
“Semua ahli keluarga sememangnya tidak bersetuju terhadap penggunaan nama ini pada seminar 9 April ini di Kuala Lumpur,” katanya.
Turut hadir pada sidang media di kediaman Allahyarham ialah Nik Muhammad Nasim Nik Mat dan ahli keluarga terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana