PAS dan PPBM tiada rundingan Lagi...Putus Terus Hubungan

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bunga) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Oleh itu, dengan rasminya PAS menganggap mereka tidak lagi ada hubungan dengan parti berkenaan.
Sejak dari awal lagi PAS memaklumkan tidak akan menyertai Pakatan Harapan. Semalam parti Bunga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.
Namun begitu, Mahathir berharap dapat mengubah beberapa aspek termasuk nama pakatan itu serta logo. Pelik bukan, sebenarnya siapa yang menyertai siapa? Pakatan Harapan mohon sertai parti Bunga atau parti Bunga yang mahu menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Apabila Mahahir mendakwa pemimpin Pakatan Harapan sudah mengetahui niat parti Bunga mahu menyertai gabungan berkenaan adakah ini bermakna mereka bersedia untuk menukar nama serta logo? Sikap “bossy” Mahathir tidak pernah berubah dari dahulu hingga lah sekarang. Beliau seolah-olah lupa bahawa Pakatan Harapan ini “milik” DAP.
Keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya diadakan di antara parti berkenaan dengan parti Bunga dianggap amat tepat pada masanya.
Kini PAS sudah membentuk pakatan dengan beberapa pihak bagi mewujudkan “blok ketiga” yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. Gerakan itu akan dilancar secara rasmi pada muktamar PAS yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah, hujung April ini.
Nampaknya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru hampir di kebanyakan tempat. Lim Kit Siang dilihat bakal gigit jari lagi untuk memerintah Malaysia.
Beberapa hari yang lepas kita menyaksikan beberapa orang pemimpin kanan DAP mula “mencipta” cerita bagi menonjolkan diri setelah diselubungi skandal yang bakal memusnahkan peluang mereka untuk menjadi calon dalam PRU 14 kelak.
Adakah PRU14 bakal menyaksikan tsunami masyarakat Cina berakhir dengan aman setelah menyedari mereka tidak akan mempunyai peluang untuk merampas pentadbiran Malaysia dari tangan Barisan Nasional? Jika dalam beberapa bulan ini kita terus dipertontonkan dengan adengan keluar parti DAP maka dengan rasminya DAP akan “dibungkus” dalam pilihan raya akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana