PAS dan Azmin... Dari setia kawan jadi sedia lawan

Malang sungguh nasib Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana satu tweet yang silap, beliau mungkin menyebabkan hubungan PKR dan PAS keruh sehingga peringkat akar umbi menjelang pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.
Azmin sebelum ini tweet mengkritik Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong parti Islam.
Sehinggakan Pandan, kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengamuk habis dengan kenyataan biadap Azmin yang menyindir golongan agamawan dalam politik dengan panggilan 'tok lebai'.
Untuk rekod tanpa sokongan 13 ADUN PAS, Azmin tidak akan menjadi MB Selangor dan jika PAS menarik sokongan Azmin akan mencatat sejarah MB Selangor paling singkat sejak 1957.
Azmin mengangkat sumpah menjadi MB pada September 2015.
Berikutan kenyataan biadap Azmin, PAS Pandan pula mahu memutuskan hubungan dengan PKR.
Perkara itu itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS Pandan, Mohamed Sukri Omar yang menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor itu sebagai biadab dan tidak menghormati persepakatan yang sedia terjalin antara kedua-dua parti.
“Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan mengecam tindakan YAB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengeluarkan kenyataan biadab dan sinis terhadap YB Ustaz Nik Muhammad Abduh (Ketua DPPM).
“Dengan kenyataan biadab Mohamed Azmin di Twitter sudah cukup mengambarkan tiada lagi setiakawan yang bakal mengundang ‘Sedia Lawan’. Semakin pimpinan Kami berusaha mencari titik persefahaman persepakatan, semakin lantang pimpinan PKR mencari jalan bertentang,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Mohamed Sukri mengulas sindiran Mohamed Azmin berhubung ‘tok lebai’ yang mempunyai hasrat untuk menawan Selangor tetapi tewas dalam pemilihan parti di kawasan sendiri dalam jawatan yang ditandinginya.
Beliau juga berkata mereka tidak kisah walaupun dianggap sebagai ‘Parti Lebai’, malahan berbangga dengan label tersebut.
“Biarpun kami sinonim dengan ‘Parti Lebai’, demi Allah kami cukup berbangga. Kerana di dalam ‘Parti Lebai’ inilah kami berjaya mengumpulkan profesional dan agamawan yang didalam dada mereka sarat dengan cita-cita menegakkan Islam.
“Pimpinan kami sudah lama berlapang dada dan berbesar hati membuka ruang dan peluang kepada mana-mana parti politik untuk bertahaluf siyasi dan bersama menentang rejim zalim Barisan Nasional,” ujarnya.
Bagi membalas tindakan biadab Mohamed Azmin itu, Mohamed Sukri berkata Pemuda PAS Pandan akan mengemukakan usul supaya diputuskan hubungan dengan PKR ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pandan untuk dibincangkan semasa muktamar pada April depan.
“Kami Pemuda PAS Pandan akan membawa usul diperingkat Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pandan agar diputuskan kerjasama dengan PKR.
“Kami bersedia menghadapi PKR sekiranya keputusan Majlis Syura Ulamak PAS dan PAS Pusat untuk memutuskan kerjasama dengan PKR,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana