PARTI SATU KERUSI TAK LAYAK JADI KAPTEN PEMBANGKANG

Mahathir mungkin masih dibuai mimpi memandangkan beliau tidak mampu melupakan tampuk kuasa pemerintahan yang dipegang oleh beliau selama 22 tahun. Mahathir mungkin ingat bahawa beliau masih lagi kapten sehingga lupa kenyataan yang sebenar-benarnya parti PPBM hanya tinggal satu kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat. 

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM menuntut dan membuat syarat iaitu mahukan logo dan simbol baru pembangkang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Parti Bunga memberikan syarat seolah-olah beliau berlagak seorang kapten dalam kapal pembangkang.

Pakatan Harapan DAP ada 37 kerusi, PKR 28 kerusi PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu ada enam kerusi dan PPBM hanya satu kerusi iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh. Mahathir terus memberikan arahan sedemikian selepas membuat pengumuman secara rasmi PPBM masuk ke dalam Pakatan Harapan.

Jika Mahathir sedar meletakkan kedudukannya dalam PPBM, sudah pasti beliau akan memanggil semua pemimpin parti dalam pakatan berkenaan dan duduk berbincang semeja berkenaan hal mahu mewujudkan satu logo dan satu simbol bersama-sama sebelum mencapai keputusan. Ini tidak hanya berani membuat pengumuman dan menyuarakan tuntutan dalam sidang media partinya sendiri.

Perangai Mahathir sudah diberikan amaran oleh banyak pemimpin pembangkang khususnya bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara supaya berhati-hati dengan manusia bernama Mahathir.

Isu mewujudkan satu logo dan simbol dalam pilihan raya sudah beberapa kali dibangkitkan sejak pembangkang bersama-sama dalam Barisan Alternatif (BA) dulunya tetapi mereka tidak boleh mencapai kata sepakat dan persetujuan.

Sejak 1999, pakatan pembangkang yang dikenali Barisan Alternatif tiada logo, perlembagaan dan simbol. Sama juga dengan Pakatan Rakyat dan kini penjenamaan baru iaitu Pakatan Harapan yang hanya tinggal harapan tunggu masa kapal hendak karam.

Apabila gabungan parti sudah didaftarkan secara rasmi dan seorang pemimpin daripada parti gabungan akan dilantik dan secara sah pemimpin berkenaan akan mempunyai kuasa.

Yang majoriti dan banyak kerusi akan dipilih sebagai ketua, hanya DAP sahaja yang mempunyai kerusi dan sudah pasti DAP akan menjadi kapten pembangkang. Tidak mungkin ketua yang dipilih hanya mempunyai kerusi kerana ini akan membangkitkan kemarahan ahli-ahli lain dalam pembangkang.

Sekiranya Parti tidak didaftarkan sudah pasti tidak sah malah akan menyebabkan parti berkenaan tidak berpuas hati sehingga menyebabkan mereka boleh meninggalkan pakatan dengan begitu sahaja tanpa melalui prosedur tertentu. Sama dengan apa yang berlaku sekarang ini dari segi undang-undang pertubuhan.

DAP adalah parti haram kerana gagal kemukakan minit mesyuarat agung mereka kepada pendaftar pertubuhan sejak 2013 lagi. Ramai keluar dari DAP kerana sudah tidak ada peraturan dan perlembagaan yang perlu diikuti kerana hanya ada dalam kepala otak Lim Kit Siang sahaja.

Mahathir dengan jelas menyerlahkan agenda politik beliau dengan menggunakan segala kuasa yang beliau sebagai bekas Perdana Menteri dengan harapan dapat melantik anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya Mahathir hanya melukut di tepi gantang, mampu berputih mata sahaja dengan 1 kerusi yang dimiliki oleh PPBM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana