Parti baru Khairuddin, Ezam juga bakal sertai PH...Buat Lah Kalah Tetap Kalah

Parti baru yang bakal ditubuhkan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor, dijangka akan memohon untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
 
Khairuddin yang dipetik Sinar Harian berkata, ia merupakan langkah pertama yang akan dibuat selepas mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 
 
"Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan,” katanya.
 
Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam pembangkang hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.
 
"Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.
 
“Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan PAS," katanya lagi.
 
Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerima PPBM sebagai anggotanya dan bersetuju untuk mendaftarkan gabungan pembangkang itu dengan ROS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana