PAN GELAR PAS ‘TOK LEBAI’?

“Jika benar Pewaris Nabi, contohi Nabi S.A.W. Nabi S.A.W tidak pernah mendoakan yang buruk kepada umat”, itu pesanan Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (PAN), Aiman Athirah Al Jundi kepada golongan “Tok Lebai” di negara ini.
Menurut beliau, jiwa “Tok Lebai” sebagai seorang pendakwah seharusnyalah lebih besar daripada rakyat biasa.
“Samalah dengan kerjaya ‘Tok Lebai’. Bila ada yang hilang hormat dan hilang percaya, tidak bermakna mereka hilang hormat dan hilang percaya kepada semua ‘Tok Lebai’.
“Menghina sesiapapun makhluk ciptaan Allah sekali gus merasa diri lebih mulia kerana tersangka sudah cukup taqwanyanya, jelas suatu yang lebih hina daripada mayat yang kamu doakan agar membusuk,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai “Tok Lebai” yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
Beliau melalui akaun Twitter berkata, “Tok Lebai” terbabit tewas di tempat sendiri tetapi ada hati mahu merampas kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Ada Tok Lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah,” kata Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.
Kenyataan Azmin itu kemudian dimuat naik Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di laman Facebook beliau.
Mengulas kebiadapan Mohamed Azmin itu, Nik Mohamad Abduh yakin beliau antara pemimpin PAS yang digelar sebagai Tok Lebai oleh Menteri Besar Selangor tersebut.
“Wah sinisan saya dapat komentar Menteri Besar. Jarang anak Melayu bertuah begini,” katanya.
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
PAS sebelum ini menyasarkan untuk menang lima negeri dalam pilihan raya umum ke-14 termasuk Selangor.
PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti sekular DAP. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana