Padan Mukanya!!!! Lelaki cuba rasuah Sultan Johor serah diri kepada SPRM

Individu lelaki yang didakwa cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat, sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi, lapor Utusan Online.
 
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
 
Bagaimanapun menurut Azam, buat masa ini siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
 
"Siasatan masih dijalankan, sama ada suspek akan ditahan reman atau sebaliknya, diputuskan esok," katanya dipetik portal itu.
 
Azam awal hari ini telah meminta supaya suspek tersebut menyerah diri sebelum pukul 12 malam ini atau identitinya didedahkan dalam media.
 
Dalam pada itu, difahamkan suspek tersebut yang berumur 54 tahun tiba berseorangan antara pukul 1 hingga 2 petang.
 
Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana