Padan Muka!!!! 10 Pegawai Imigresen Akan Ditempatkan Sementara Di Pejabat

Sepuluh pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan sementara di pejabat untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran sehingga siasatan kes selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata jabatan itu mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah di mana pelakunya berdepan tindakan antaranya dibuang kerja, digantung atau diturunkan pangkat.

"Kita tidak pandang soal nilai yang diterima tetapi akan bertindak atas jenayah yang dilakukan walau nilainya serendah satu sen sekalipun," katanya mengulas penahanan 10 pegawai Imigresen Sarawak kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).
Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM200 dan RM5,000 bagi melindungi PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan sah.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Imigresen cawangan Lapangan Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Khamis, Mustafar berkata pelbagai langkah telah diambil pihaknya bagi meningkatkan integriti bagi menjauhkan penularan gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggotanya.
Mustafar yang baru pulang dari Amsterdam, Belanda bagi menerima anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia dalam pada itu berkata Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan kualiti penyampaian dengan memperhebatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan di lapangan terbang.

Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam semalam itu dibuat berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.-- Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment