Padah sindiran Azmin terhadap 'tok lebai' akan dirasai pada PRU14 - PAS

Terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata buruk padahannya.
Al kisah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang mana tweet nya telah membangkitkan kemarahan 'tok-tok lebai' se Malaysia terutamanya penyokong-penyokong PAS.
Parti Islam itu mengingatkan Azmin yang mana sindiran beliau terhadap 'tok lebai' dipercayai merujuk Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan dirasai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Dewan Pemuda PAS Bagan dalam satu kenyataan berkata, Azmin juga diingatkan supaya tidak terkejut sekiranya usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR akan turut dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan Pas di Selangor.
“Maaf Azmin, anda terlajak. Akhir kata, siapa jolok sarang tebuan, dia rasa sengatnya,” katanya menerusi status terbaru laman sosial Facebook hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada sindiran Mohamed Azmin kepada Nik Abduh menerusi laman sosial beliau ekoran kekalahan Ketua Pemuda PAS berkenaan dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Mohamed Azmin menerusi laman sosial Twitternya semalam menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana