MUHYIDDIN SEKADAR SI ‘TUNGGUL BATU’ ?

PAS kelihatan tidak terlalu kecewa apabila PPBM akhirnya memilih menyertai Pakatan. Malah parti itu sebaliknya segera mengisytiharkan PPBM dan PAS pasti tidak boleh bekerjasama.

Pendirian itu cukup istiqamah. PAS berulang kali menegaskan ia tidak boleh bekerjasama dengan pihak yang bergabung dengan PAN yang menganiayai perjuangannya dan DAPigs yang menentang perjuangan mereka.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, jika bergabung dengan Pakatan itu merupakan keputusan rasmi PPBM, PAS menganggap ia tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir awal minggu ini mengesahkan partinya akan menyertai PH. Mohd Amar berkata, PAS menghormati pendirian PPBM kerana “semua pihak boleh membuat keputusan sendiri.”
 
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” tambahnya.
 
Namun persoalan yang mungkin masih berlegar di benak pemerhati politik ialah apakah sebenarnya pendirian Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam percaturan mengukuhkan barisan pembangkang ini?

Bahkan kelantangan Muhyiddin yang sebelum ini cukup vokal mempertikaikan isu – isu Politik semasa hanya diliaht diam membisu apabila soal berkaitan dengan kerjasama PAS ini dibangkitkan.

Muhyiddin sebelum ini dilihat bersungguh mahu PPBM bekerjasama dengan PAS. Malah dia juga menyeru agar setiap parti pembangkang bertolak ansur demi mewujudkan perpaduan yang utuh.

Dia yang mengepalai PPBM dalam rundingan dengan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man demi menjadikan kerjasama di antara kedua-dua parti menjadi realiti.

Berdasarkan kenyataan media Muhyiddin dan Tuan Ibrahim sebelum ini, kesepaduan PPBM dan PAS tidak mustahil dicapai meskipun Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sinis terhadap kemungkinan itu.

Tuan Ibrahim menyebut bahawa pada dasarnya Muhyiddin bersedia menyokong usul pindaan Rang Undang-Undang 355 yang dijadualkan dibentangkan oleh presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kata Tuan Ibrahim, PPBM sudahpun menyatakan persetujuannya menyokong usul yang akan dibentang sekali lagi di sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
 
“Sebenarnya, perkara ini yang kita bincang dan dia pun (Muhyiddin) dari prinsipnya bersetuju dengan RUU355, tidak ada masalah. Dalam mesyuarat kami, ada bicarakan isu ini. Sebenarnya wakilnya Tan Sri Muhyiddin sahaja di Parlimen,” katanya pada media selepas majlis makan malam dan dialog politik di Setiawangsa minggu lalu.
 
Tuan Ibrahim juga turut menjelaskan bahawa Muhyiddin berkata bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan cadangan pindaan Akta RUU355 PAS itu di Parlimen.
 
“Dia sudah berikan komitmen bahawa apa-apa isu yang berbangkit di Parlimen, dia tidak ada masalah. Ini hanya menaik taraf mahkamah syariah, dan beliau tidak ada masalah untuk sokong,” katanya.
 
Yang membungakan lagi harapan PAS ialah apabila Muhyiddin sendiri tidak memberikan sebarang komentar tentang kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu.

Malah apabila Setiausaha Organisasi DAPigs mempersoalkan jika benar Muhyiddin menyokong RUU355, mengapa dia sendiri tidak membuat kenyataan mengenainya? Adakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini dah jadi ‘Tunggul Batu’ yang bisu???

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana