MUAFAKAT BN BAKAL MEWARNAI SAMBUTAN HARI UMNO KE-71

Ulang tahun UMNO ke 71 pada Mei ini bakal menjadi acara sambutan terbesar pernah diadakan dalam sejarah parti itu dengan jangkaan penyertaan lebih 140,000 akar umbi dari seluruh negara.
Setiausaha Kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berkata sejajar dengan ‘mood’ Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang semakin dirasai, sambutan ulang tahun kali ini akan memaparkan kesepakatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) umumnya sebagai parti pilihan rakyat.
Sambutan ulangtahun UMNO akan di adakan di Stadium Bukit Jalil.
“Kita jangkakan setiap bahagian menghantar 1,000 penyertaan dari bahagian masing-masing untuk acara pada 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil dan dengan kehadiran mereka kita mahu menerapkan semangat kesepakatan untuk PRU akan datang.
“Kita juga sedang merangka intipati terbaik untuk dipaparkan pada sambutan itu bahawa UMNO dan BN adalah pilihan terbaik pada PRU akan datang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat teknikal majlis sambutan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Isnin.
Jelas Ab Rauf, pelbagai acara akan diadakan merangkumi program kesukanan yang bermula seawal pertengahan bulan depan di peringkat bahagian dan negeri.
“Kita juga akan mengadakan acara larian bendera bermula 1 Mei yang akan dimulakan di empat penjuru iaitu Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah yang akan berakhir pada 11 Mei di Bukit Jalil,” katanya lagi.
Tegas Ab Rauf , sambutan utama akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 dan 11 Mei dengan pelbagai program dan karnival berbentuk jualan, hiburan serta cabutan bertuah diadakan serta dijangka akan menarik kedatangan sehingga 200,000 pengunjung.
“Acara pada malam 11 Mei akan bermula dengan upacara penyerahan dan menaikkan bendera parti diikuti dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti serta Presiden Datuk Seri Najib Razak,” katanya lagi.
Ab Rauf menjelaskan bahawa acara kemuncak adalah majlis pecah tanah kompleks Pusat Dagangan Dunia KL Putra, yang merangkumi pembinaan menara setinggi 70 tingkat yang bakal menjadi mercu tanda baharu bagi parti keramat itu.
“Pada acara itu, tempat letak kereta bertingkat di Hentian Putra akan diruntuhkan sebagai simbolik permulaan kerja-kerja projek itu yang akan disiarkan secara langsung dari PWTC ke Stadium Bukit Jalil,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana