Mahathir Gagal Pujuk PAS

Apakah jawatan Dr Mahathir dalam pembangkang memandangkan beliau seperti kucing kehilangan anak sibuknya tidak keruan.
Dr Mahathir merupakan musuh pembangkang sejak sekian lama sehingga memperolehi darjat maha firaun,maha zalim dan segala maha kini jadikan Barisan Nasional sebagai musuh nombor satu setelah kecewa kerana tidak berjaya tumbangkan PM Najib.
Kegagalan memujuk PAS agar bersama Pakatan Harapan merupakan kegagalan pertama Dr Mahathir selepas PPBM ditubuhkan.
Sekiranya muktamar PAS April ini yang dijangka akan diadakan di Kedah memutuskan PAS tidak lagi bekerjasama dengan PKR,ia juga merupakan kegagalan Dr Mahathir.
Usaha memujuk PAS supaya bersama Pakatan Harapan sebenanrnya untuk menyelamatkan kerjasama politik kedua-kedua parti yang berkongsi kuasa di Selangor.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyertai Pakatan Harapan,sebelum itu pemimpin PPBM telah meletakkan sebelah kaki dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang dibincangkan antara pemimpin PPBM dan PAS sebenarnya satu usaha untuk mengekalkan hubungan PKR dan PAS.
Namun begitu,sekiranya PAS setuju menyerahkan beberapa kawasan pilihan raya boleh menang yang ditandingi PAS sebelum ini,tidak mustahil PPBM setuju bersama PAS.
Jelas kelihatan,PPBM sebenarnya tidak bertaring memandangkang hanya ada satu kerusi Parlimen yang terhasil dari seorang pelarian yang lari meninggalkan UMNO.
Melihat kegagalan awal PPBM melalui Dr Mahathir,ia pastinya satu gambaran dan tamparan hebat kepada seluruh umat pembangkang.
Jadinya,apakah jawatan yang layak diberi kepada Dr Mahathir,sedangkan beliau sanggup berada disegala majlis,PKR,DAP,PAN termasuk Konvokesyen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana