Madey Pening Pala Lagi!!!!! Hadi anggap Pakatan Harapan lebih teruk dari BN…

PAS nampaknya sudah set untuk jalan sendiri pada pilihanraya umum ke 14.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu menerusi satu kenyataan Sabtu kata partinya tidak akan menyertai Pakatan Harapan ataupun BN.
 
Malah beliau anggap Pakatan Harapan lebih teruk dari BN.
 
"PAS tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang berterusan menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oportunis. 
 
"PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini, memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, selain masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS.  
 
"Menyertai BN laksana memikul biawak hidup, walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN sudah keluar dan menyertai PH. 
 
"Bahkan menyertai PH, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," katanya.
 
Menurut Hadi  PAS tidak sedikit pun keliru dalam menentukan pendiriannya, selain tidak dalam dilema untuk memilih rakan politiknya. 
 
"Banyak kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama PH atau BN, namun hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana