KORUP PKR DAN KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN MEMBUSUK – CHEGUBARD

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sekali lagi membidas pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa semakin diresapi unsur rasuah.
Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard, 38 melalui status di laman Facebooknya berkata pentadbiran Azmin sekali lagi membazirkan duit rakyat untuk membina ‘rumah hantu’ sehingga menjadi sarang kegiatan jenayah.
“Gambar-gambar ini diambil oleh seorang teman (memaparkan) projek dibawah MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dibawah seliaan ahli Majlis PKR (persoalannya) berapa harga buat infra termasuk bangunan atas nama projek kitar semula?
“Berapa nilai wang pembayar cukai MPSJ dibazirkan akhirnya pusat itu yang terletak di Taman Puncak Jalil terbiar menjadi pusat pembiakan nyamuk selain rumah hantu menjadi “port” kegiatan jenayah?
“Orang-orang dikawasan sekitar mula bercakap soal kutipan sampah tak teratur, masalah infra jalan dan longkang, nak kata tak ada duit (tapi) bazir buat projek (kemudian) bagi kontraktor kroni dan tanpa fokus sebenar hanya membazir,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan.
Chegubard turut mendakwa dasar kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah untuk mendera rakyat untuk kepentingan kroni.
“Ini hanya satu dari ratusan koleksi aduan yang diperolehi… korup PKR dan kerajaan Selangor semakin membusuk (ibrarat) ikan kecil busuk kumpul banyak-banyak (dan) ia akan jadi sebusuk bangkai gajah juga.
” (Buat program) caj 20sen (untuk beg) plastik (untuk) dera rakyat (atas alasan) projek jaga alam sekitar (hakikatnya) hanya untuk bagi kontraktor (dan) kroni kaya,” tegas beliau lagi.
Chegubard yang juga merupakan bekas ahli PKR sebelum ini pernah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat pegawai khas MB Selangor itu, Muhammad Hilman Idham kerana didakwa memiliki kekayaan yang luar biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana