KOBIS NAIK HARGA PUN DISALAHKAN NAJIB, RAFIZI LETAK OTAK DI MANA?

PELAWAK terkenal dalam dunia politik Malaysia, Rafizi Ramli beraksi lagi. Kali ini dia cuba mempertikaikan mengapa harga sayur-sayuran seperti kubis bulat menjadi semakin mahal.
Menurut Rafizi, harga bagi sebiji kubis bulat berkenaan pada suatu ketika dahulu hanya bernilai 90 sen, sebaliknya sekarang ini sudah mencecah RM3 di pasaraya.
Malah, pelawak berkenaan yang juga bergelar Ahli Parlimen Pandan turut meletakkan kesalahan kenaikan harga kubis bulat ini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Semakin hari, dunia dapat melihat Mr Bean sudah mempunyai pengantinya. Dan lebih membanggakan lagi apabila pengganti Mr Bean itu adalah dari negara kita Malaysia bernama Rafizi Ramli.
Kenaikan harga sayur seperti kubis bulat adalah suatu perkara biasa. Yang menjadi tidak biasa atau peliknya apabila harganya secara tiba-tiba menjunam turun dengan mendadak.
Tindakan Rafizi cuba membandingkan harga sebiji kubis bulat pada suatu ketika dahulu dengan sekarang amatlah tidak wajar.
Jika begitu, kenapa Rafizi tidak mahu membandingkan harga sayur yang sama pada zaman Tun Abdul Razak Hussein dengan zaman sekarang?
Inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang di negara kita. Mereka sanggup memperbodohkan diri demi mahu menghasut rakyat untuk membenci pemerintah.
Andai kita kata mereka bodoh, mungkin ramai macai mereka melenting. Jadi kita sudah boleh gelar mereka sebagai ‘Pak Lawak’ sekarang ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana