KHAIRUDDIN ABU HASSAN SAMPAH MASYARAKAT & NEGARA

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairuddin Abu Hassan baru baru ini memperlihatkan keterdesakan hidupnya dalam memperjuangkan isu 1MDB dan memburukkan imej Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Apabila Dr. Mohd Zuhdi Marzuki mempertikaikan tindakan Tun Dr. Mahathir dan mempertahankan Kerajaan sekarang, Khairuddin bagaikan hilang pedoman dan naik minyak.

Seorang yang muflis ada kalanya akan berfikiran tidak menentu yang semestinya membuat seseorang itu mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif dan tidak masuk akal. Melabel seseorang itu sehingga tahap bangang bukti si dia tidak dapat bertahan dengan desakan kehidupan yang semakin tenat baginya!

Khairuddin mempersoalkan kredibiliti Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengenai kes skandal 1mdb seolah-olah dia lebih tahu pasal 1MDB! Khairuddin juga mendesak agar PAS mengawal Dr. Mohd Zuhdi daripada memberi sebarang kenyataan mengenai 1MDB jika tidak jelas mengenainya. Ini kerana Khairuddin berlagak pandai seumpama dia yang mempunyai akses kepada isu 1MDB walhal dia hanya seorang individu yang dipergunakan pihak tertentu untuk memburukkan negara dan 1MDB.

Kritikan-kritikan pedas Khairuddin seperti ini jelas tidak boleh diterima dan melampui batas norma hidup seorang insan yang berfikiran waras. Ini antara kenyataan yang dikeluarkan Khairuddin,

"Saya tak tahulah kalau dia ini kaki makan dedak haram juga?! Bagi dr mohd zuhdi nampak seolah-olah najib tun razak itu amat maksum!! Tiada kesalahan langsung yang dilakukan oleh kerajaan kleptokrasi hari ini tetapi semua yang tidak baik hanyalah dilakukan oleh tun dr mahathir mohamad saja!!"

"Saya memohon kepada dr mohd zuhdi marzuki untuk tunjuk mana-mana firman, hadis atau nas-nas yang mengatakan kita boleh bersubahat dengan amalan rasuah serta penyelewengan oleh kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!"

Khairuddin juga sesuka hati melabel seseorang itu haprak sedangkan dia lebih haprak dari orang lain dan merupakan sampah masyarakat kepada negara. Khairuddin kini banyak cakap merapu dan merepek saja! Setiap ungkapan perkataan keluar dari mulutnya hanyalah berbaur retorik politik kosong semata-mata bermotifkan kepentingan politik individu.

Apa yang dilakukan Khairuddin sebenarnya merupakan tindakan yang tidak boleh diterima langsung. Segala urusan yang diambil Khairuddin adalah semata-mata mahu memperlekehkan pemimpin negara dan 1MDB. Tindakannya yang sanggup bersekongkol dengan negara asing juga tidak boleh diterima langsung. Akhir sekali usahanya Khairuddin sehingga ke hari ini tidak membawa sebarang makna dan hasil kerana Khairuddin berada di pihak yang salah. Jesteru itu, tidak mustahil kita lihat Khairuddin adalah bapa segala muflis di Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana