Kerja Nak Menipu minda Rakyat Saja....Agak Agak Lah Nak Menipu Pun

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 16 Mac 2017
Semalam, Tony Pua sekali lagi cuba untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan Kerajaan menyelamatkan 1MDB dengan mengambil alih hutang sebanyak RM3.2 bilion.
Beliau berkata, “Rakyat Malaysia telah dirogol dua kali”.
Ia seolah-olah seperti Tony Pua tidak tahu apa yang berlaku dan keliru dengan jawapan parlimen.
Untuk membantu beliau lebih memahami, saya mencipta 3 gambar rajah mudah untuk beliau dan juga meringkaskan apa yang berlaku dalam 4 isi yang mudah.
1) Dua TANAH itu pernah dimiliki 100% oleh Kerajaan.
2) Dua TANAH itu kemudiannya dijual kepada 1MDB, yang 100% dimiliki oleh Kerajaan tetapi Kerajaan akan dibayar RM320 juta dahulu bersama-sama dengan kewajipan untuk membina 8 pengkalan tentera atas perbelanjaan 1MDB. Ia juga bermakna bahawa Kerajaan masih memiliki 100% dua tanah itu.
3) TANAH itu kini diusahakan oleh 1MDB dan ia telah menjadi PROJEK dan bukannya tanah sahaja.
4) Apabila 1MDB memberikan kembali dua PROJEK (bukan dua TANAH) itu kepada Kerajaan, Kerajaan sekarang perlu menanggung RM3.2 bilion hutang tetapi kini mempunyai:
– 100% pemilikan PROJEK TRX yang bernilai berbilion termasuklah terowong bawah tanah baru, jalan raya dan infrastruktur bernilai RM3 bilion,
– 40% pemilikan projek BM bernilai RM4.92 bilion,
– lagi RM7.4 bilion dibayar oleh IWH-CREC,
– tambahan 8 pengkalan tentera yang tidak pernah wujud sebelum ini; dan
– masih menyimpan RM320 juta yang dibayar pada asalnya.
Satu-satunya orang yang “merogol” adalah Encik Tony, kerana memuntahkan tuduhan mengelirukan untuk menutup kebenaran dan mengelirukan rakyat.
Masalahnya ialah, ahli-ahli PAC – termasuk orang DAP – semuanya tahu apa yang berlaku. Itulah sebabnya laporan PAC mengesyorkan bahawa projek-projek itu dikembalikan kepada Kerajaan secara langsung.
Walaupun menandatangani untuk bersetuju dengan laporan PAC, Tony kini menjadikan langkah-langkah yang diambil daripada cadangan yang ditandatangani olehnya juga sebagai isu.
Ianya jelas bahawa tindakan beliau yang berpura-pura tidak tahu kini hanyalah serangan politik untuk mengelirukan rakyat dan menghasut kebencian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana