ISTILAH “TOK LEBAI” DIPERGUNA PULA DI SIDANG DUN, ADUN PAS DIAM SAHAJA?

Konsisten, itulah apa yang rakyat sedang lihat tentang sikap majoriti besar ADUN PAS Selangor berhubung dengan penggunaan panggilan “Tok Lebai” yang secara bersahaja digunakan oleh Menteri Besar Selangor dalam memperlekehkan musuh politiknya sebelum ini.

Setelah kita melihat tindakbalas lesu dari ADUN PAS sendiri, semalam di sidang DUN Selangor berkumandang panggilan yang sama, yang digunakan untuk memperlekehkan lawan politik. Cuma pada kali ini, istilah tersebut digunakan oleh ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.

Inilah yang kita khuatirkan, apabila orang Islam sendiri  memperlekehkan imej-imej baik dalam kehidupan orang Islam, akhirnya ia digunakan pula oleh orang bukan Islam dalam usahanya untuk memperlekehkan orang lain. Salah orang Islam sendiri, apabila memberi peluang orang bukan Islam untuk menggunakan istilah tersebut.

Tipikal DAP, pantang diberi ruang dan peluang untuk turut menggunapakai perkataan sedemikian. Al maklum sahajalah, bukan senang hendak dapat peluang ini.

Perkara-perkara sebegini, jika dibiarkan, akan menghakis imej, bukan sahaja orang Islam, malah agama Islam itu sendiri. Sesuatu yang terpatri rapi, jangan diberi ruang waima sekecil zarah untuk dicerobohi.

Peliknya, ketika istilah tersebut diucapkan berkali-kali, tiada pula ADUN PAS Selangor yang bangkit dan membantah penggunaan istilah itu. Kalau berbicara soal Islam, bukan main hebat ingin menjuarainya. Husnuzon sahajalah, mungkin kesemua mereka tiada di dalam DUN ketika istilah itu dipergunakan. Mujur ada ADUN BN – Permatang, Datuk Sulaiman Razak yang menegur dengan tegas perbuatan ADUN DAP itu.

“Tok Lebai”, seperti yang kita semua tahu sejak turun temurun, adalah merujuk kepada agamawan dan bijakpandai agama, kalau tidak pun seorang Imam.

Lihat apa sudah jadi bila DAP diberi peluang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana