HANYA DAP SAHAJA YANG BOLEH BAGI RESTU DALAM HUKUM HAKAM PAKATAN PEMBANGKANG

Ahli Parlimen Sik, Dr. Mansor Abdul Rahman menegaskan semua parti yang menyertai pakatan pembangkang sepatutnya sedar bahawa parti Dap adalah parti yang dominan dan pembuat keputusan di dalam gabungan tersebut.
Justeru tegasnya parti-parti lain dalam gabungan itu tidak boleh memandai-mandai membuat keputusan mahu pun mengeluarkan kenyataan tanpa mendapat restu dari kepimpinan Dap.
Oleh kerana itu tambah beliau tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan gabungan pembangkang dinamakan “Barisan Rakyat” dan mahu pakatan pembangkang berteraskan Melayu di mana parti itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut mengundang perasaan kurang senang Dap.
“Kita sudah nampak dari awal lagi bahawa pakatan pembangkang ini sememangnya dikuasai oleh Dap. Bila kita tengok isu-isu yang timbul sebelum ini pun, jelas kita dapat lihat Dap sememangnya kelihatan menonjol berbanding parti-parti pembangkang lain yang memperlihatkan parti tersebut merupakan parti yang dominan di dalam pembangkang.
“Bahkan, kalau kita lihat daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh Dap sendiri pun jika dibandingkan dengan parti-parti pembangkang yang lain, Dap jelas dominan dalam hal tersebut”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ini bermakna jelas beliau, sekiranya pembangkang menang dalam PRU akan datang, maka Dap akan menjadi parti yang berkuasa dan dominan di dalam pakatan pembangkang yang akan jadi penentu kepada sebarang keputusan yang dibuat.
“Saya berpandangan bahawa Pas sememangnya sudah sedar akan perkara ini, tetapi Pas tetap cuba untuk bertahan demi kepentingan politik mereka.
“Namun akhirnya Pas membuat keputusan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka sudah sedar bahawa parti yang dominan dan pembuat keputusan di dalam pakatan pembangkang hari ini adalah Dap,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, contohnya dalam isu pembentangan RUU355, di mana ada parti yang pemimpinnya Melayu akur dan tunduk dengan keputusan Dap yang menolak pindaan rang undang -undang ini.
“Bagi saya, RUU 355 ini bukanlah sekadar melibatkan pindaan undang-undang sahaja, tetapi ini juga berkaitan dengan soal akidah dan hukum Islam. Menjadi satu kewajipan bagi semua umat Islam dari pelbagai peringkat lapisan untuk menyokong perkara ini. Ianya adalah untuk memperkasakan mahkmah syariah dan bukannya perlaksanaan hukum hudud.
“Justeru itu dalam isu RUU 355 ini, jika ada kepimpinan pembangkang yang membiarkan Dap membuat keputusan mengenai sokongan terhadap perkara tersebut, malah mereka mengarahkan pula ahli-ahli mereka untuk mengikuti keputusan Dap yang tidak bersetuju dengan pindaan rang-rang undang tersebut, maka perkara seperti ini bagi saya tidak betul lah.
“Pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang yang beragama Islam sewajarnya menyokong pindaan ini sama ada secara terbuka atau tidak, dan tidak hanya angguk dan patuh saja terhadap apa juga keputusan Dap dalam hal ini yang secara jelas cuba mempolitikkan pindaan rang undang-undang ini demi keuntungan politik mereka,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana