GUAN ENG ENGAN TERIMA CADANGAN MUHYIDDIN....PPBM NAK BESAR KEPALA AKHIR DIPULAU

Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk mengekalkan nama barisan pembangkang itu tetapi sedia mendengar syor Barisan Bersatu yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau yang dipetik Oriental Daily hari ini berkata, 3 parti komponen PH sebelum ini dalam mesyuaratnya memutuskan untuk mengekalkan nama sedia ada dan tidak membincangkan hal pertukaran nama.
Bagaimanapun, kata beliau, mesyuarat akan datang yang membabitkan 4 parti termasuk Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), yang akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan menukar nama kepada Barisan Bersatu.
Namun beliau tidak menyatakan tarikh mesyuarat itu.
Muhyiddin, presiden PPBM dilaporkan berkata, jika semua parti dalam PH bersetuju, pakatan pembangkang semasa boleh ditukar kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.
Muhyiddin ketika berucap dalam program PPBM di Padang Rengas, Perak malam tadi berkata, PPBM turut mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.
Mengenai bayangan diberikan Muhyiddin yang PH boleh diketuai PPBM, Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, beliau perlu memastikan kenyataan itu benar dan tidak menolak kemungkinan media Umno atau BN mereka cerita.
Katanya, PH sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan setakat ini, perkara itu tidak berubah.
Pada 20 Mac lalu, Majlis Presiden PH sebulat suara menerima permohonan PPBM menjadi anggota terbaru dan bersetuju pakatan pembangkang itu didaftarkan secara rasmi.
Mesyuarat Majlis Presiden PH itu juga bersetuju mengadakan perbincangan serta-merta dalam kalangan 4 parti untuk menyediakan manifesto secara kolektif dan mencipta logo baharu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana