Guan Eng bukan lagi kebal dalam kalangan media Cina

PULAU PINANG 18 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menerima hakikat beliau bukan lagi kebal dalam kalangan pengamal media Cina yang sebelum ini begitu komited dengan perjuangan DAP.
Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, tindakan saman oleh pemberita kanan akhbar Guang Ming Daily terhadap Guan Eng semalam mencerminkan kekecewaan pengamal media Cina apatah lagi selepas memberikan publisiti maksimum sehingga membolehkan DAP menjadi kerajaan negeri dalam dua pilihan raya umum lalu.

Malah, beliau tidak menolak lebih ramai wartawan atau syarikat media mengambil tindakan serupa terhadap pemimpin DAP selepas ini melihat kepada tindak-tanduk pemimpin parti berkenaan melayan dan melabelkan akhbar hanya kerana tidak sehaluan dengan mereka.

“Pihak media khususnya akhbar Cina tidak lagi harus dilihat seolah-olah `mengikut telunjuk’ dalam laporan mereka berkenaan perjuangan DAP sebaliknya perlu memberikan keadilan kepada rakyat khususnya kaum Cina bagi mendapatkan laporan yang tidak berat sebelah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam dalam tuntutan yang disifatkan pertama kali dilakukan seorang wartawan kepada ketua kerajaan negeri, wartawan kanan Guang Ming Daily, Ong Beng Siang, 40, menyaman Guan Eng berhubung satu status di laman sosial Facebook milik beliau Januari lalu.
Rahmad menambah, tindakan saman oleh wartawan akhbar Cina itu merupakan peringatan jelas kepada Guan Eng yang selama ini dilihat cukup gemar mengambil tindakan serupa kepada pengamal media yang mana beliau juga boleh berdepan tindakan serupa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana