GHAIRAH PINDAH RANDAH, ITULAH KIT SIANG....YANG UNDI PLAK BANGGANG

Lima negeri, tujuh kerusi Parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
sudah dijelajahi veteran DAP berusia 76 tahun ini sejak 1969.
Setiap kali masuk musim pilihan raya umum (PRU), Kit Siang sibuk menjengah kawasan baharu untuk ditan­dinginya. Dengar cerita untuk PRU-14 nanti, Kedah dan pangkalan lamanya, Pulau Pinang menjadi sasarannya.
Barangkali Kit Siang cukup maklum dan mengerti penyokong Cina DAP tidak bersifat ‘kedaerahan’. Sebaliknya terarah ‘federalisme’. Dari aspek memahami psikologi penyokong tegarnya, Kit Siang mungkin menang.
Cuma, kalau benarlah Kit Siang ini ‘hebat’ dan mahu menyer­lahkan sifat ‘persekutuan’nya, kenapa ha­nya bertanding di kawasan majoriti Cina? Mengapa tidak di kawasan pengundi bercampur (50-50 pengundi Cina dan Melayu).
Masuklah gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah? Kalau kata takut kalah, tidak yakinkah pada jentera DAP di situ?
Apakah dahulu di kawasan pengundi bercampur, DAP serahkan tanggungjawab pan­cing pengundi kepada sekutunya PKR belaka. Dan PKR pula bergantung kepada jentera Pas? Tapi bila Pas enggan tunduk kembali ke pakatan harapan, DAP singkirkan Pas dan berpaling pula ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?
Alasan Kit Siang sebelum ini dari gelagat ‘pindah-randah’ bertanding kononnya ‘sebagai satu strategi kerana DAP mahu mengadakan gerakan berbentuk politik di seluruh negara bagi membangkitkan ke­sedaran rakyat’.
Ungkapan itu mudahlah diluahkan demi agenda peribadi. Tapi bagaimana nasib pe­ngundi untuk mendapatkan khidmat wakil rakyat mereka?
Takkanlah pe­ngundi Cina di Gelang Patah misalnya masih mengharapkan menteri Pusat membantu mereka. Namun bila mengundi, calon MCA dan Gerakan disingkirkan.
Petikan:
“Masuklah gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah?”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana