FELDA : RAKYAT TOLAK PROPAGANDA PEMBANGKANG, TERUS SOKONG NAJIB

Sekumpulan aktivis berkumpul di pintu hadapan bangunan Bangunan SUK Selangor, dekat sini, sebagai membantah Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan Pakatan Harapan.
Aktivis Felda daripada Felda Chemomoi, Datuk Amizar Abu Adam berkata, beliau daripada NGO-NGO Felda yang kebanyakannya daripada generasi muda datang untuk membantah dan memberi isyarat yang jelas kepada Pakatan Harapan terhadap penganjuran Konvensyen Warga Felda yang dilaksanakan pada hari ini.
Menurutnya, rata-rata warga Felda tidak bersetuju dengan konvensyen ini kerana tidak mendapat penjelasan yang jelas.
“Sebab itu zaman ibu bapa kami susah, apa yang mereka lakukan? Hanya melihat sahaja, hari ini pula mahu buat sokongn kepada warga Felda dan mereka tahu Felda ini adalah kekuatan orang Melayu.
“Hasrat kami datang untuk memberi isyarat kepada Pakatan Harapan jangan retorik politik, jangan bercakap dan membuat fitnah kerana ada pengurusan yang sudah cukup jelas dan jitu di bawah kepimpinan yang baru, kalau ada salah kita perbetulkan dengan jalan yang baik bukan dengan fitnah dan bukannya nak menjatuhkan felda,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Felda ini kekuatan bangsa Melayu, Felda yang memperjuangkan bangsa Melayu dan inilah matlamat kami dalam mempertahankannya.
Justeru, kenapa kita hendak menghentam Felda?
“Mereka menggunakan nama anak-anak Felda tetapi kami warganya tidak mengiktiraf dan menyokong konvensyen ini kerana setiap kami dari cawangan sampai ke peringkat atas ada pengurusan yang baik. Saya menyeru bangsa Melayu bersama menyokong bukan menghentam.
“Kami tidak akan menerima walaupun setitik dalam resolusi yang dilaksanakan dalam konvensyen ini nanti,” katanya.
Hari ini, Konvensyen Warga Felda berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment