DAP tak setuju cadangan Tun M mahu PH contohi BN

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pakatan Harapan (PH) menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai 'acuan' sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Menyangkal kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Ahli Pahlimen Gelang Patah itu sebaliknya berkata, setiap gabungan perlu mempunyai konsensus dan perkara itu tidak diamalkan oleh BN kini.
 
Beliau merujuk kepada pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kerajaan sendiri akan membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. 
 
"Tapi nampaknya BN sudah tukar karakter apabila Zahid umumkan bahawa kerajaan akan ambil alih rang undang-undang yang dikemukakan oleh (Datuk Seri) Hadi (Awang), pemimpin dan menteri dari parti lain (komponen) kata mereka tidak tahu. 
 
"Dan apa ertinya? Adakah BN sudah tukar karakter daripada satu polisi di mana semua parti perlu bersetuju pada dasar dan keputusan? 
 
"Atau sudah menjadi polisi yang berasaskan hegemoni?," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
 
Baru-baru ini Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada PRU14 nanti.
 
Mantan Perdana Menteri itu berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.
 
Ujarnya lagi, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.
 
Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata, tidak timbul soal PH perlu mengikut acuan BN, malah beliau menyangkal gabungan yang kini disertai empat parti komponen itu banyak bertelingkah.
 
"Tidak timbul soal kita terlalu banyak pertelingkahan dan sebagainya tetapi memang dalam PH kita buat keputusan dengan perbincangan dan kita harap selepas kita membentuk kerjasama dengan PPBM semangat ini akan diteruskan 
 
"Tidak timbul kita ikut acuan BN dalam budaya politik PH memang sudah bentuk budaya itu," kata Loke.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana