DAP SUDAH BERI TANDA MEREKA ‘REJECT’, TAKKAN PPBM MASIH BELUM FAHAM?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya gabungan pakatan pembangkang dinamakan `Barisan Rakyat’ sudah pun diketahui sejak tujuh bulan lepas lagi oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.
Waktu itu 25 September 2016, Anthony mengatakan DAP belum berselera untuk pakatan pembangkang menggunakan satu logo, apatah lagi nama `Barisan Rakyat’
Cuma peliknya dua hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan dia belum mendengar cadangan nama itu. Bahkan, dia sendiri akan mengesahkan cadangan BERSATU itu, yang didakwanya `hanya mainan yang dimainkan oleh media pro-BN’.
Maknanya apa di sini? Ini tentu sekali bererti Guan Eng tidak bersetujulah.
Dan benarlah seperti mana yang dijangkakan. Dikatakan semalam satu mesyuarat dihadiri pemimpin utama Pakatan Harapan di bangunan memutuskan nama `Barisan Rakyat’ ditolak.
Mereka tetap mahukan sekutu-sekutu pembangkang dikenali `Pakatan Harapan’ walaupun difahamkan nama, logo dan manifesto akan direka yang baharu.
Kasihan parti `cap bunga’. Syor nama `Barisan Rakyat’ yang dikatakan diutarakan oleh pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya tidak dipakai.
Masakan DAP mahu mengiakan cadangan PPBM itu. Dengan kerusi Parlimen PPBM pun cuma satu dan ibarat `budak mentah’ baru setahun jagung masuk pakatan pembangkang, sudah `tunjuk pandai’.
Guan Eng tentu sekali mengambil langkah berwaspada terhadap PPBM . Dengan parti itu diterajui dua kepala, seorang bekas Perdana Menteri manakala seorang lagi bekas timbalan kepada parti yang menjadi musuh ketat DAP (UMNO), Guan tentu sekali mengenali `kelicikan’ Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir sedang cuba mengangkat anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu demi melaksanakan agendanya, beliau tidak menoleh kepada sesiapa lagi. Perbuatan ini Dr. Mahathir ini tentu sekali tidak disenangi DAP yang merupakan pemilik kerusi terbanyak dalam pakatan pembangkang.
Tindak tanduk Dr. Mahathir ini seolah-olah beliau mahu jadi bos menguasai pakatan. Sedangkan `big brother’’ sebenar pakatan dalam pakatan adalah DAP. Malah laporan daripada portal-portal, blog serta media melabelkan DAP lah yang mengetuai pakatan harapan.
Barangkali Dr. Mahathir `terlepas pandang’ dominasi DAP.
Dari seorang ‘negarawan ulung’, perdana menteri paling lama berkuasa, ‘diktator’ dan ‘paling betul dalam dunia’, tergamak DAP dan juak-juaknya menolak cadangan dari PPBM?
Ya, bukan mudah untuk menjadi `pendua’ BN. Pertelagahan sesama sendiri pembangkang sehingga terbubarnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sebelum ini bukti sukar bagi pembangkang untuk menggantikan BN sebagai sebuah jalinan politik utuh.
Pelbagai rancangan dibuat pembangkang untuk menjatuhkan BN termasuk pelancaran Buku Jingga 2010 menjelang PRU-13 demi mengaburi mata rakyat namun tersungkur juga.
Bukan senang untuk meniru, mencedok atau menjadi pendua BN.
Apa lagi percubaan pakatan pembangkang terutama PPBM untuk menggula-gulakan rakyat dengan memanipulasi nama `Barisan’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana