DAP semakin berantakan...Kita Tengok PRU akan datang!!!

Sekitar 2013, pemimpin DAP Johor, Kedah, Sabah dan Selangor sudah merasai ‘penangan’ Dinasti Lim.
Dinasti Lim merujuk penguasaan bapa dan anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mencengkam parti itu sejak 1969.
Di Johor, boleh ta­nya Dr. Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez akan ‘sepak terajang’ dari ‘dinasti’ itu. Di Kedah, jumpalah dengan Lee Guan Aik.
Bekas ADUN DAP Teratai di Selangor, Jenice Lee tentu ada banyak rahsia untuk dikongsi dengan penentang anak beranak Lim.
Dr. Hiew King Cheu di Sabah pula bagaimana? Kesemua mereka kini berada di luar DAP - sama ada letak jawatan atau dipecat.
Bulan lalu, Melaka juga digemparkan de­ngan tindakan empat orang kuat DAP keluar parti.
Kalau ditanya kepada mereka di lima negeri berkenaan, jawapan atau punca kenapa keluar DAP ada persamaannya - berkisar tidak puas hati dengan amalan kronisme, tidak demokratik dan diktator kepimpinan DAP Pusat.
DAP berada dalam genggaman erat anak beranak Lim. Ini sehinggakan anak perempuan dan menantu Kit Siang pun ‘meraih’ jawatan.
Dalam penggal pi­lihan raya 2008 dan 2004, Betty Chew (isteri Guan Eng) adalah ADUN Kota Laksamana, Melaka. Adik perem­puan Guan Eng, Lim Hui Ying pula setiausaha DAP Pulau Pinang.
Selepas menang banyak kerusi di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), DAP dikatakan memanggil satu mesyuarat. Satu soalan ditanya, siapa yang sewajarnya jadi Ketua Menteri?
Dikatakan ada yang mendakwa dirinya paling layak sehinggakan pemimpin DAP lain yang hadir dalam mesyuarat agak tersentak. Bukankah jawatan itu sepatutnya diberi kepada anak tempatan, pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow?
Tarikh perbicaraan kes rasuah pembelian sebuah banglo melibatkan Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dijadualkan bermula 27 Mac ini.
Mungkinkah DAP semakin ber­kecamuk dalam tempoh itu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana