Dah jangka... Pakatan terima PPBM jadi komponen

Solekan politik... tak ada yang baru dengan pengumuman yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin yang mereka terima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai komponen baru.
"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.
Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.
"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka.
Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan nama dan logo baru untuk gabungan terbesar pembangkang itu bagi memudahkan mereka berdepan BN dalam pilihan raya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment