CELARU PILIH SIAPA BAKAL PM, ENTAH-ENTAH MAT SABU YANG NAIK

Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam Pakatan Harapan menambah kecelaruan isu dalaman pakatan tersebut, lebih-lebih lagi berhubung isu pencalonan Perdana Menteri pembangkang.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan Presiden partinya Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri namun DAP dalam pada itu mahukan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Pada awal dulunya nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi buah mulut di kalangan mereka namun selepas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir turut tersenarai. Terbaru Wan Azizah. Namun yang menjadi persoalannya siapakah calon sebenar?
“DAP secara terang-terangan mahukan Anwar dan ada juga kalangan sesama mereka yang menolak bekas Ketua Pembangkang terbabit dan menyebut Tan Sri Muhyiddin adalah yang terbaik.
“Maklumlah masing-masing memasang agenda tersendiri dan sudah tentu akan menonjolkan calon pilihan masing-masing. Dan tidak mustahil selepas ini nama Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu akan turut terpancul dan bakal menjadi calon,” katanya dipetik portal berita.
Tambahnya, sehingga kini tiada keputusan konkrit berhubung jawatan berkenaan yang mendapat kesepakatan seluruh parti komponen Pakatan Harapan.
Ujarnya lagi, kesepakatan PKR, DAP, PAN dan PPBM cuma untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) tetapi perkara pokok atau dasar perjuangan masih samar-samar ekoran setiap satunya mempunyai hala tuju berbeza.
Kata Shamsul, prinsip satu lawan satu yang diutarakan Pakatan Harapan hanyalah kenyataan luaran sahaja, tetapi hakikatnya mereka berebut sesama sendiri bagi jawatan dan kawasan yang ingin ditandingi.
“Terbukti mereka bukanlah parti alternatif kepada BN hari ini. Kalau soal calon perdana menteri pun tidak boleh mencapai kata sepakat bagaimana pula dengan dasar-dasar negara kelak. Inilah yang perlu diperhalusi oleh rakyat,” katanya lagi.
Pembangkang sehingga kini masih mengelak untuk menjawab isu Perdana Menteri pilihan mereka.
Terbaru, Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke menyebut di Dewan Rakyat bahawa Wan Azizah akan dilantik sebagai Perdana Menteri diatas kapasiti Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai Ketua Pembangkang.
Kenyataan Anthony sekaligus ‘meranapkan’ impian Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri selepas beliau dan Lim Kit Siang dikatakan membuat pakatan sulit dengan Penasihat DAP itu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana