‘CAP BUNGA’ DEPAN PAS CAKAP LAIN, DEPAN PAN CAKAP LAIN?

Sebagaimana yang kita maklum, parti ‘cap bunga’ kini sudah terang-terangan menunjukkan pendirian mereka yang lebih suka untuk bersama DAP, PAN dan PKR dalam usaha ‘gila kuasa’ seorang warga emas yang semakin menjengkelkan ramai pihak.
Walau dipelawa sebuah lagi kem pembangkang yang diketuai PAS untuk menyertai Gagasan Sejahtera, pemimpin tertinggi parti ‘cap bunga’ itu lebih rela ‘sekatil’ dengan pihak yang selama ini mereka label sebagai rasis, anti-Islam dan berjiwa komunis.
Malah, mereka tidak malu sanggup bermuka tembok yang lebih tebal dari tembok Berlin untuk ‘menjilat ludah’ sendiri dengan terpaksa ‘mengadap’ seorang lelaki yang pernah mereka jatuhkan dalam satu keadaan yang amat mengaibkan. Bukan malu di Malaysia saja, malah seantero dunia kecoh mengenainya…
Tapi itulah parti ‘cap bunga’ yang kononnya kuat sangat, tidak sampai 10,000 ahli di Kedah, tapi bercita-cita mahu menawan negeri itu pada PRU ke-14. Jangankan Johor, Pagoh pun mungkin ‘tidak lepas’, ada hati pula nak memerintah negara?
Pada pandangan penulis, tindakan parti ‘cap bunga’ untuk menyertai Pakatan Harapan hanyalah suatu yang amat memalukan akar umbi mereka. Mereka boleh tahan lagi bila hanya jalin kerjasama sebelum ini, tapi bila ditahap masuk ‘sebelanga’, maka merah muka mereka ‘dibahan’ ramai rakan!
Yang peliknya, bila mereka pergi ke Kelantan, kononnya duduk sepentas dengan PAS. Kononnya mahu mempertahankan Kelantan dari diambil balik BN. Dia tidak tahukah PAN dan PKR memang mahu ambil alih Kelantan dari PAS? Dia ingat PAS Kelantan bodoh?
Bila dia ke Kedah pula, dia boleh cakap pula dia mahu berkuasa kembali di Kedah? Apa dia fikir parti ‘cap bunga’ itu kuat sangat? Setakat dapat kutip ‘like’ di Facebook saja, tibat-tiba boleh menang pilihan raya? Siapa ajar?
Jika parti ‘cap bunga’ nak tahu, orang Kedah hanya memilih dua parti saja untuk mentadbir negeri itu. Sama ada UMNO atau PAS, dua parti itu saja. PKR yang lebih ‘senior’ pun ditolak, inikan pula parti ‘cap bunga’? Sedar diri atau tidak?
Penulis faham bahawa mungkin PAS Kedah sedang mengharap agar PAS Pusat memberi ‘lampu hijau’ kepada mereka untuk masuk ‘kuali’ dan digoreng sebati bagai ‘char kuew teow’ bersama DAP, PAN dan PKR.
Tapi jika itu berlaku, maka penulis yakin bahawa rakyat di negeri itu akan lebih jelas pada sikap PAS Kedah yang lebih tamakkan kuasa politik berbanding untuk terus berpegang pada prinsip parti. PAS Kedah boleh ‘rebah’ nanti. Hubungan akar umbi PAS dengan PKR pun dingin, inikan pula dengan PAN dan DAP?
Penulis pernah tanya pada seorang aktivitis PAS di utara semenanjung mengenai hubungan PAS dengan parti ‘cap bunga’. Katanya, ‘cap bunga’ sudah terpalit najis ‘mughallazah’, mereka perlu ‘samak’ diri terlebih dahulu, bertaubat dan meminta maaf secara terbuka dulu, barulah boleh ‘kawan’. Penulis ketawa!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana